PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI ( Ankara – Istanbul )

Berdasarkan report tahun 2016 yang dikeluarkan oleh BNM, Kadar penebusan pasaran takaful hanya sekitar 16% dan Jumlah perlindungan takaful individu yang menyertai plan takaful hanyalah sekitar RM59,000 sahaja. Adakah perlindungan sebanyak ini telah cukup dan membolehkan keluarga dapat mengekalkan cara hidup yang sama ?

Kali ini kami kongsikan bagaimana untuk mengira jumlah perlindungan yang ideal untuk keluarga anda.

Jadi untuk tujuan ini kita kena mengenalpasti perkara berikut :-

i. Mengira keperluan tunai semasa

Tunai semasa adalah berapakah hutang tidak bercagar, kos pendidikan dan lain-lain kos

ii. Mengira keperluan pendapatan semasa

Berapa jumlah perbelanjaan keluarga yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan cara yang sama jika anda telah tiada nanti.

iii. Dana dan aset semasa untuk penyelesaian

Jumlah aset cair yang ada seperti perlindungan takaful sedia ada, jumlah simpanan di bank / TH

iv. Mengira kemampuan Sebenar

Pendapatan – Perbelanjaan = lebihan / Kekurangan

Jumlah Perlindungan = Tunai semasa + 
Keperluan Pendapatan semasa –
Dana & aset sedia ada.

Untuk para perunding takaful , kita bukan hanya mempromosi produk semata-mata tetapi kita mesti menyampaikan kepada masyarakat agar mereka mempunyai perlindungan yang ideal jika sesuatu musibah berlaku.

Jika kita menggunkan kaedah ini, kita telah membantu mereka mencapai matlamat kewangan dan secara tidak langsung anda akan menjadi seorang perunding yang professional dan berintergriti ..

#KembaraTurki 
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *