Saya percaya mesti ada di antara kita yang pernah meminjamkan wang kepada seseorang tetapi sehingga kini masih belum dilangsaikan, betul?
Semasa mereka ingin meminjam dari kita, pelbagai janji-janji manis seperti; “akan dibayar minggu depan”, “akan dibayar bulan depan” & sebagainya.
Barangkali ada yang melakukan ‘emotional blackmail’ dengan kata-kata seperti “takkan engkau tak percaya kat aku?”, “engkau tak kesian tengok kawan engkau ni ke?”
Tidak dinafikan ada yang memang mahu melunaskannya tetapi tidak mampu tetapi saya juga percaya kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa dari awal meminjam wang, mereka tidak berniat membayarnya;
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Sebab itu kita dapat lihat bagaimana orang yang berhutang dengan kita ke sana ke sini, membelikan hadiah harijadi anak & orang tersayang, bercuti ke sana ke sini tetapi hutang tetap tidak mahu dibayar.
Tambah buruk apabila tidak langsung bertanya khabar memaklumkan tidak mampu membayar dan sikap ini jauh berbeza apabila mereka ingin meminjam wang di mana setiap jam setiap hari akan menghubungi kita bertanya khabar dan status permohonannya untuk meminjam wang dari kita.
Ya, kita tidak tahu niat seseorang tetapi apabila Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam telah bersabda bahawa jikalau seseorang berniat untuk membayar hutang nescaya Allah memudahkannya melunaskan hutang tersebut.
Jikalau kita masih berhutang & sukar membayarnya, betulkan niat kita. Mohon pada Allah bantu kita melunaskan hutang. Jangan pula hutang orang kita tak bayar tetapi kita ‘enjoy’ sana sini. Ingat, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”
(HR. Ibnu Majah no. 2410)
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.”
(HR. Ibnu Majah no. 2414)
Semoga Allah membantu kita. Allahuma Ameen
Kredit kepada Halim Husin