PERKONGSIAN HARI INI.. | MEMORI 2015

Para sahabat Nabi saw ramai yg telah gugur syahid demi menegakkan kalimah tauhid , meraka berjuang dengan harta dan nyawa .. Perjuangan kita adalah hanya sebahagian kecil shj dari perjuangan nabi saw , iaitu membantu menegakkan / menerangkan pentingnya muamalat islam..itu diri sendiri dan sahabat serta Protege @ ahli2 kami di USRAH associates @ ICS @ TIB ikutlah kisah ini sebagai motivasi .. ” *Kita Juga seperti mereka ”
*Saiyidina Jaa’far Bin Abi Talib*
Dalam peperangan Mu’tah, menyaksikan tentera pimpinan Zayd Bin Harithah seramai 3,000 org di dalam kepungan tabrakan 200,000 tentera Romawi, tampak mustahil utk menandingi. Namun, kemenangan berpihak kepada taqwa. Saat panji yg dipegang oleh Zayd Bin Harithah hampir jatuh, tika nyawanya semakin sempit, disahut megah pula oleh sahabat taqwanya iaitu Ja’far Bin Abi Talib. Peperangan yg bersaksikan tangan beliau diserang sehingga putus, disambut pula panji peperangan oleh tangan sebaliknya. Asakan demi asakan oleh lawan yg akhirnya putus kedua2 belah tangannya. Dikepit pula panji tadi sehingga badannya pula ditusuk tombak, lalu gugur darah syahid ke bumi.
Ketika pasukan memberi air tiba di sisi beliau untuk memberi minuman, beliau berkata : _Aku tidak mahu membatalkan puasa ku, bahkan aku ingin berbuka di Syurga_.
*Hebat* masyaAllah ..
Peperangan mereka adalah dengan tombak & pedang , peperangan kita dengan pen dan hujahan ..
Semoga kita semua menjadi syuhada seperti mereka ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *