Semoga tahun 1444 hijrah ini kita lebih cemerlang dan segala impian @ matlamat dapat dicapai.
Untuk mencapai impian ini kita kena harus menguatkan hati , memantap emosi dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Bagaimana itu ?
Ya.. kita kena mendalami dan mempraktikkan ilmu fardhu Ain iaitu ilmu Tauhid, fekah dan tasauf .
Semoga tahun 1444 ini kita menjadi insan yang lebih bersyukur dan bertaqwa..
Firman Allah swt antaranya bermaksud :-
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”( surah Ibrahim – 7 )
Semoga kita sama-sama terus istiqamah didalam kerjaya yang diceburi dan cemerlang dunia akhirat.
#MaalHijrah1444
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat