SEMAK SIJIL TAKAFUL@ POLISI INSURAN ANDA..

Hari ni dapat 2 panggilan dari orang yang tak kenal bertanyakan claim insurans setelah meninggal. Bukan pelanggan saya. Namun saya cuba assist yang terbaik. Saya minta beliau snap polisi arwah untuk saya review. Malangnya, kedua-dua arwah ambil polisi Personal Accident. Masing-masing bernilai 100K & 150K. Bayaran dibawah RM100 sebulan.
Saya hanya bgtau apa yang betul, sungguhpun berat namun kenyataan harus ditelan. Biar mudik menuju kuala, jangan mati menongkah arus.
Ramai prospek-prospek dekat luar yang saya jumpa belum ada polisi hibah takaful untuk kematian semulajadi. Kebanyakan ambil PA kerana dipaksa ketika mengambil pesonal loan @ buka akaun bank.
Malangnya, ketika saya bertanya, meraka kebanyakannya cakap dah ada..bila tanya berapa sebulan, bawah 100. Saya cakap direct mungkin PA. Tapi nak buat mcmana, saya dituduh merekacipta semata-mata nak kan sale. Terpulang..
Yang rugi tuan puan. Saya tak rugi apa-apa. Patah tumbuh hilang berganti, tak ada pelangan yang ni, yang lain aku cari…sekian..??
Sumber: Mijie Khalifa Ikhlas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *