TAKSUB ISLAM & MELAYU

Bila sampai musim pilihanraya, mulalah isu-isu Islam dan Melayu digendang semula.
Islam agama yang suci, yang membawa rahmat kepada sekalian alam.
Islam sepatutnya memberi rahmat kepada semua.
Islam tak ajar kita bermusuh, tak ajar kita untuk tidak berlaku adil pada yang lain.
Jangan kata saya tak taksub pada agama dan bangsa saya.
Kerana taksub Islam dan Melayu la saya memperjuangkan kewangan Islam. Supaya muamalah Islam tertegak di muka bumi ini. Supaya orang-orang Islam dan Melayu terhindar dari amalan riba’ yang diharamkan dlm Islam.
Sebab taksub Islam dan Melayu la saya memperjuangkan Perancangan Kewangan Islam. Supaya kehidupan orang Islam, terutamanya Melayu, berubah kepada yg lebih baik.
Dengan merancang kewangan secara betul, mengikut garis panduan Shariah, in shaa Allah kehidupan kita akan lebih baik dunia dan akhirat.
Dalam Perancangan Kewangan Islam, kami mendidik orang Islam supaya merancang untuk pendidikan anak-anak. Supaya kita tak selamanya mengharapkan bantuan biasiswa utk belajar. Biar hanya mereka yang betul-betul susah saja dibantu untuk meneruskan pelajaran.
Kami juga mendidik orang Islam supaya menyimpan utk haji. Supaya kita tak selamanya perlu mengharapkan subsidi TH utk ke Mekah. Biar hanya mereka yg layak utk dibantu saja mendapat bantuan subsidi TH.
Kami juga mendidik orang Islam untuk menyediakan dana persaraan yg cukup. Supaya orang-orang Islam dan Melayu khasnya akan hidup tenang selepas persaraan.
Itulah perjuangan saya. Ya saya taksub Islam dan Melayu. Saya mahu muamalah Islam ditegakkan dan saya mahu kesejahteraan kewangan orang Islam, khasnya orang Melayu dipertingkatkan.
Tapi bukan dengan menafikan hak bangsa lain yg hidup bersama kita di Malaysia ni. Tidak sesekali dgn bermusuh dengan bangsa lain di Malaysia ni.
Let us choose the best for our country.
STOP RACISM. WE WANT A BETTER MALAYSIA.

Kredit:Zarinah MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *