ONE DAY ONE CASE | MEMORI CATATAN 2017

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ..
Mulakan tugasan kita di awal pagi dengan niat kerana Allah swt , laksanakan solat sunat duha’ dan doa:-
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Nabi saw juga pernah bersabda antaranya bermaksud :-
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”� (Diriwayatkan al-Baihaqi)

#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *