SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH RAHMAT & KEBERKATAN.

Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik , rezeki yang luas dan masa untuk memperbanyakkan amalan.
Antara amalan utama yang kita PERLU & WAJIB buat ialah :-
1. Berpuasa
2. Solat terawih & witir bersama imam
3. Bertadarus Al-Quran
4. Memperbanyakkan sedekah
5. Menghidupkan 2/3 malam ( Solat taubat, tahajud, Hajat & Syukur )
6. Menahan marah
7. Bersahur dan menyegerakan berbuka
8. Menunaikan zakat fitrah
9. Berikhtikaf pada 10 malam terakhir
10. Banyakkan berdoa
Rasulullah SAW bersabda Maksudnya:-
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” – (Hadis Riwayat At-Thabrani)
Sempena di bulan Ramadhan yg mulia ini sama2 kita susun masa & tugasan harian agar kita dapat memperbanyakkan ibadah.
Semoga kita sama2 sentiasa dlm kasih sayang Allah SWT dan sama2 cemerlang dunia & akhirat.

Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *