TIP & PANDUAN TAKAFUL 23 Oktober 2021

Takaful ini tak penting sangat pun…
Pengalaman saya setahun yang lalu, masuk wad disebabkan ada batu hempedu.
Selepas buat ujian ultrasound, doctor cakap kena operation untuk buang hempedu sebelum perkara yang lebih teruk akan jadi. Kos keseluruhan dalam RM15,000 – RM20,000.. boleh tahan mahal jugak kos dia kan ??.
Kebetulan masa itu saya ada Medikal Kad, bayar pun RM170 sebulan. Saya kira-kira jumlah yang dah bayar lebih kurang RM3,000 lebih. Jadi, bagi ajelah Medikal Kad itu di kaunter. Bukan kad kredit atau debit kad tau. Medikal Kad ??
Selesai operation, maka keluarlah 7 biji batu dari hempedu saya. Batu yang punca saya sakit perut sampai berguling-guling.  Final bill adalah RM27,000 dan dibayar sepenuhnya dari Medikal Kad saya tu. Jadinya, penting ke tak penting sebenarnya?
Bila kita bersedia, semuanya InshaAllah akan ok??

Norizan Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *