INSPIRASI HARI INI 05 DISEMBER 2021

TAKAFUL ADALAH PERJUANGAN:

Kerana ia mengandungi 4 unsur utama :-
1. Ibadah
2. Jihad
3. Ekonomi
4. Dakwah

Jom kita amalkan Doa ini agar kita sama-sama berjaya dunia akhirat .
Ya Allah perbaiki agama kami ,sebab ia mengatur segala urusan kami
Ya Allah, perbaikilah dunia kami sebab dengannya kami berjalan
Ya Allah , perbaikilah akhirat kami sebab kami akan menuju kepadanya.

Sila lawati:-
www.usrah-associates.com @ www.samsenin.com

Kejayaan adalah dengan pilihan.
Kegagalan juga adalah dengan pilihan.
Apabila seseorang berkata bahawa dia tiada pilihan, maka itu juga sebenarnya suatu bentuk pilihan.

#AllahSayangKitaNabiSayangKita
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential

INSPIRASI & IKTIBAR DISEBALIK SEJARAH ISLAM SILAM

Mari kita sama-sama baca kisah kejatuhan islam Andalusia..
Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dgn hati yang pilu. Dadanya sesak.

Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata.
Melihat hal itu, ibunya berkata, “Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! ”
Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?
1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama

Mari kita jadikan sejarah ini sebagai iktibar dan inspirasi agar kita terus istiqamah serta kerja keras .. Matlamat perniagaan bukan lah duit semata-mata tetapi ia adalah sebagai satu JIHAD untuk menyambung Perjuangan Rasullulah SAW ..
Alhamdulillah masih diberi kepercayaan oleh DPIM bagi mencapai visi & misi

#JihadBisnes
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat