Siapa guru anda dalam kerjaya yang anda ceburi sekarang ?

Antara guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan sehingga kini sy masih amalkan apa yang diajar ialah :-

1. Arwah Tn. Hj. Abdullah Othman – Pegawai Bank.

Antara sy pelajari adalah bagaimana atau kaedah membuat `marketing’ produk-produk bank.

2. Tn. Hj. Takudin Abdullah – Pengurus Bank

Bagaimana untuk menjadi seorang Pengurus yang baik & berkesan.

3. Tn. Hj. Najib Milatu – Pengurus Agensi

`Method Presentation’ – Analisa keperluan pelanggan sebelum memberi cadangan produk yang perlu di ambil ..

Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah dan sedang mencurahkan ilmu , samada ilmu dalam Perancangan Kewangan / Takaful , atau tentang kehidupan.

Semoga semua guru-guru kami sentiasa diberi kesejahteraan, kesihatan yang baik, rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala hajat & maksud serta berjaya di dunia & akhirat.
Al-fatihah kepada semua guru-guru yang telah meninggal dunia dan semoga Allah swt memberi kehidupan yang lebih baik di alam Barzah.

“Tanah sekepal jadikan gunung , air setitik jadikan lautan dan alam terbentang jadikanlah sebagai guru “

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

SELAMAT HARI GURU…

Selamat hari guru khasnya untuk guru pertama dan bapaku
Ibu , Nenek , Sheikh M. Firdaus dan semua guru-guru yang pernah medidik kami ..

Wahai guru-guru kami..
Dalam ajaran mu ada harapan,
dalam teguran mu ada doa,
dalam marah mu ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangan mu juga kami terbina.
Berbahagialah kerana menjadi guru kami

Sebagai leader , kita juga seperti seorang guru ..
Adakala kita di benci, di caci , dimusuhi, tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar … 
meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.

Untuk guru-guru kami yang telah meninggal dunia, kami hadiahkan Al-Fatihah dan kami doakan semoga semua ditempatkan bersama hambaNya yg soleh/solehah..

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI

Pesanan Guru/Murshid kami , terdapat 3 faktor utama untuk sukses dalam apa jua bidang atau kerjaya yang kita ceburi , ia adalah :-

1. Istiqamah 
2. Taat & Patuh pada guru ( Follow the Leader )
3. Berkhidmat kepada guru & ibubapa

Ia nampak mudah , namun pada hakikatnya ke tiga-tiga faktor ini amat sukar dilakukan. Untuk semua para protege dan associates semoga kita terus istiqamah dan sama-sama sukses dalam kerjaya yang kita ceburi.

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama..

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
#JalanTerusBosskur