SASARKAN MATLAMAT TINGGI DALAM KEKURANGAN DIRI | MEMORI CATATAN 2017

Apa matlamat tahun 2017 anda?
Yakin anda akan dapat mencapainya ..
SASARKAN MATLAMAT TINGGI DALAM KEKURANGAN DIRI
ABU JAHAL tokoh Quraisy yang paling terkenal menentang Nabi sehingga dinobatkan sebagai Firaun umat ini.
Dia mati dalam perang Badar. Tahukah di tangan siapa dia terbunuh?
Bukan di tangan Rasulullah s.a.w..
Bukan juga di tangan mana-mana sahabat yang hebat. Dia mati di tangan dua anak muda!
Abdul Rahman bin ‘Auf mengisahkan:
“Sedang aku berdiri dalam barisan semasa perang Badar, tiba-tiba aku dapati di kanan kiriku dua orang anak Ansar. Muda lagi umur mereka. Aku berangan kalau aku seperti mereka. Tiba-tiba salah seorang mendekatiku.
‘Pak cik kenalkah Abu Jahal?’
‘Ya. Ada apa-apa kamu denganya?’
Budak itu membalas:
‘Aku diberitahu bahawa dialah yang kerap mengutuk Nabi! Demi nyawaku di tangan-Nya, kalau aku menjumpainya, bayang aku tidak akan terpisah daripada bayangnya sehingga salah seorang daripada kami yang mati dulu!’
Kemudian anak muda yang seorang lagi juga bertanya kepadaku perkara yang sama.”
Diringkaskan kisah, mereka berdua berjaya membunuh Abu Jahal. Semasa melihat pedang mereka berdua, Nabi bersabda:
“Benar, kedua-dua mereka ini yang membunuhnya!”
(HR al-Bukhari)
Mereka yang bermatlamat tinggi itu ialah Muaz bin Afra’ dan Muaz bin Amru bin al jamuh.

INSPIRASI TAHUN 2023

Selamat menyambut tahun baru 2023
Jadikan segala ujian , kesukaran dan pengorbanan dan apa sahaja yang berlaku di tahun 2022 & sebelumnya sebagai iktibar & pendorong untuk terus sukses.
Set kan MINDA utk menjadikan kehidupan akhirat sebagai matlamat.. Insyallah matlamat dunia akan kita capai.
Pesan guru & mentor :-
“Kejarlah kamu akan akhirat , dunia akan kejar kamu, jika kamu kejar dunia , akhirat akan meninggalkan mu”
Firman Allah swt antaranya bermaksud:-
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)
Firman Allah swt antaranya bermaksud:-
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” ( Surah Muhammad : 7 )
Kita teruskan azam untuk meningkatkan keimanan dan menjadikan kerjaya yg kita ceburi sebagai penyambung Perjuangan Rasullulah SAW ..
Semoga kita sama-sama cemerlang dunia & akhirat. Aminnn

#UsrahAssociatesPLt
#IlmuBudiBakti
#UiTMTetapDihati
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#takafulikhlas
#JomSelawat