TIP BIJAK MEMILIH AGEN TAKAFUL…

Takaful ni bukan tentang produk, kerana produk ni boleh berubah. Boleh upgrade ikut kesesuaian.
Bukan juga tentang syarikat, kerana setiap syarikat ada kelebihan dan kekurangan.
Tetapi elemen utama sebelum untuk ambil apa-apa pelan perlindungan adalah pemilihan agent. Agen yang berkualiti dan competent.
Kerana agen yang akan membantu anda dapatkan pelan terbaik sesuai kemampuan anda. Bukan kejar sales semata.
Kerana agen yang akan bantu anda untuk proses tuntutan claim daripada mula hingga selesai.
Kerana agen yang akan bantu anda untuk bersedia ketika proses admission dan sebagainya.
Kerana, pengambilan takaful dengan seseorang agen adalah komitmen jangka panjang. So, pilihlah agen yang mampu memberi komitmen kepada anda setiap masa. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, takut menyusahkan anda dikemudian hari.
Perkongsian: Shukur Yusuf

INSPIRASI BEKALAN AKHIRAT

Perkembangan pembinaan surau taman kami..
Kami mempelawa para sahabat semua untuk terus melabur saham akhirat yang mana pulangan amat berbaloi.. Untung 700%
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

#SahamAkhirat
#wUnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat

SELAMAT MEMYAMBUT TAHUN BARU 1444 HIJRAH

Semoga tahun 1444 hijrah ini kita lebih cemerlang dan segala impian @ matlamat dapat dicapai.
Untuk mencapai impian ini kita kena harus menguatkan hati , memantap emosi dan mempunyai tubuh badan yang sihat. Bagaimana itu ?
Ya.. kita kena mendalami dan mempraktikkan ilmu fardhu Ain iaitu ilmu Tauhid, fekah dan tasauf .
Semoga tahun 1444 ini kita menjadi insan yang lebih bersyukur dan bertaqwa..
Firman Allah swt antaranya bermaksud :-
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”( surah Ibrahim – 7 )
Semoga kita sama-sama terus istiqamah didalam kerjaya yang diceburi dan cemerlang dunia akhirat.

#MaalHijrah1444
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#JomMemperbanyakanSelawat