PERKONGSIAN HARI INI | MEMORI 2019

Antara kesan dari kegawatan ekonomi atau kehilangan sumber pendapatan utama ialah tindakan undang2 akan berlaku.. jadi apa persediaan kita..
Adakah anda pernah mendapat ingatan kasih sayang dari bank seperti ini:-
“RM0.00 Pembayaran perumahan anda belum diterima sejak bulan lalu.Sila buat bayaran dengan segera bg mengelakkan notis undang-undang dikeluarkan.”
Jika ya , apa tindakan anda? Dan apa perasan ketika menerima ingatan ini ? ?
Jika anda sebagai seorang ushawan.. jgn ragu atau gentar sebaliknya jumpa pegawai bank berkenaan ..
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama..

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
#JalanTerusBosskur

TIP MEMULAKAN PERNIAGAAN KITA PESANAN MENTOR | MEMORI 2016

Para mentor selalu berpesan , bagi memulakan Perniagaan kita khususnay sebagai Penasihat Kewangan Islan khususnya Usrah Associates seharusnya bermula dgn apa yang kita ada. Elakkan dari meminjam dari bank sebagai modal . Ini juga merupakan kesilapan say yang pertama apabila memulakan Perniagan pada tahun 1997 yang lalu. Selepas kegagalan perniagaan ini saya perlu mencari perniagaan yang memerlukan modal paling minima bagi meneruskan kehidupan bagi menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Kegagalan sebagai guru dan pengajaran terbaik dalam kehidupan kita. Teringat pesan mentor dan orang yang berjaya dalam perniagan ..’mulakan Perniagan anda dengan apa yang anda ada’.. Maka bermulalah Perniagaan baru pada tahun 2002 sebagai Perunding Takaful .. Kerjaya yang menjadi pilihan terakhir bagi hampir 99% para penganggur .. Kenderaan Honda inilah modal perniagaan saya..

SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN PERUNDING KEWANGAN ISLAM | MEMORI 2016

Sebagai seorang perunding takaful atau Perancang Kewangan hendaklah terus menambah ilmu pengetahuan tanpa jemu , ini adalah bagi memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan..

Sy ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya boleh tercebur dalam kerjaya ini iaitu kerjaya yg tidak diminati oleh 95% para graduan atau masyarakat yg saya Jumpa ..

Untuk mereka yang tidak berminat menjadi perunding Takaful Ini saya nasihatkan , anda cuba dulu atau beri peluang kepada diri anda .. Saya yakin anda tidak akan menyesal ..

Sy pun seperti anda ..
Ini juga adalah kerjaya yang tidak pernah terlintas di fikirkan saya suatu ketika dulu..