PERKONGSIAN PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA

ASSALAMUALAIKUM….. Perkongsian pengajaran utk kita semua.
Lihatlah semuanya dengan hati.
Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..
Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga mak ayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.
Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..
Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..
Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini…mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..
Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..
Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..
Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.
Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..
Paling mulia?
Tidak dikenali di dunia, tidak dipandang di dunia, orang biasa sahaja tapi dikenali di sisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..
Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti…
Ya Allah ya Tuhan kami, jadikan kami semua menjadi hamba MU yg sentiasa bersyukur atas segala nikmat yg telah engkau berikan kepada kami dan jadikan kami semua jutawan yg zuhud dan terus dapat menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw ..

SETIAP KEJAYAAN PASTI ADA RAHSIA DISEBALIKNYA: MEMORI 2016

‘Antara 2 darjat’.. Perkongsian hari ini .. Di awal kerjaya sebagai perunding Takaful hanya berbekalkan azam untuk mengubah cara hidup dan sebuah motosikal buruk.. Apabila prospek tanya datang naik apa hujan-hujan nie , saya bagitau naik Honda , dia tanya lagi accord ke civic, ala bang Honda biasa-biasa je.. Honda yang terlalu banyak berjasa dalam kerjaya ini.. Untuk kita terus berjaya dalam apa jua bidang kita seharusnya sentiasa ingat mereka yang membantu kita walaupun hanya sebesar zarah .. Moral cerita ini ialah untuk Protege kami dan mereka yang baru mula buat biz , mulakan dengan apa yang anda ada, tingkatkan azam & usaha tanpa jemu ..insyaallah anda akan berjaya mengejar impian anda

RANCANG KEWANGAN ANDA: MASALAH HUTANG JIKA MENINGGAL DUNIA

Saya percaya mesti ada di antara kita yang pernah meminjamkan wang kepada seseorang tetapi sehingga kini masih belum dilangsaikan, betul?
Semasa mereka ingin meminjam dari kita, pelbagai janji-janji manis seperti; “akan dibayar minggu depan”, “akan dibayar bulan depan” & sebagainya.
Barangkali ada yang melakukan ‘emotional blackmail’ dengan kata-kata seperti “takkan engkau tak percaya kat aku?”, “engkau tak kesian tengok kawan engkau ni ke?”
Tidak dinafikan ada yang memang mahu melunaskannya tetapi tidak mampu tetapi saya juga percaya kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa dari awal meminjam wang, mereka tidak berniat membayarnya;
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Sebab itu kita dapat lihat bagaimana orang yang berhutang dengan kita ke sana ke sini, membelikan hadiah harijadi anak & orang tersayang, bercuti ke sana ke sini tetapi hutang tetap tidak mahu dibayar.
Tambah buruk apabila tidak langsung bertanya khabar memaklumkan tidak mampu membayar dan sikap ini jauh berbeza apabila mereka ingin meminjam wang di mana setiap jam setiap hari akan menghubungi kita bertanya khabar dan status permohonannya untuk meminjam wang dari kita.
Ya, kita tidak tahu niat seseorang tetapi apabila Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam telah bersabda bahawa jikalau seseorang berniat untuk membayar hutang nescaya Allah memudahkannya melunaskan hutang tersebut.
Jikalau kita masih berhutang & sukar membayarnya, betulkan niat kita. Mohon pada Allah bantu kita melunaskan hutang. Jangan pula hutang orang kita tak bayar tetapi kita ‘enjoy’ sana sini. Ingat, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”
(HR. Ibnu Majah no. 2410)
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.”
(HR. Ibnu Majah no. 2414)
Semoga Allah membantu kita. Allahuma Ameen

Kredit kepada Halim Husin

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya “A Theory of Human Motivation” di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

LIMA (5) KEPERLUAN TERSEBUT ADALAH:

1) KEPERLUAN FISIOLOGI.
Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

2)KEPERLUAN KESELAMATAN.
Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3) KEPERLUAN SOSIAL
Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4) KEPERLUAN PENGHARGAAN DIRI (Esteem).
Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5) KEPERLUAN HASRAT DIRI.
Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).
Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:
a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri….
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan….

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwitus
#usrahassociatesperihatin