Category: Catatan
SALAM ISRAK MIKRAJ
NABI-NABI YANG DITEMUI PADA PERISTIWA MIKRAJ –
Peristiwa Israk terjadi ketika Rasulullah SAW berada di Makkah Al-Mukarramah. Makkah Al-Mukarramah merupakan tanah haram Allah SWT yang berada di bawah perlindungan-Nya. Orang-orang yang bermukim di sana merupakan para tetamu Baitullah. Sementara itu, Peristiwa Mikraj (naik ke atas langit) terjadi daripada kota suci Al-Quds.
Nabi pertama yang Rasulullah SAW jumpa di langit pertama ialah Nabi Adam AS.
Pada asalnya nabi Adam AS berada dalam perlindungan Allah SWT dan sangat hampir denganNya (yakni di syurga). Iblis yang merupakan musuh Nabi Adam AS telah menipunya sehingga menyebabkan dirinya dikeluarkan daripada syurga.
Kejadian pertama yang dialami oleh Rasulullah SAW juga serupa dengan kisah ini. Musuh-musuh Rasulullah SAW telah mengeluarkan baginda daripada tanah haram (Makkah Al-Mukarramah) dan tempat yang dekat dengan Baitullah serta menjadi sebab berhijrahnya baginda SAW.
Di langit kedua, Rasulullah SAW melihat Nabi Isa dan Nabi Yahya ‘Alaihimassalām. Nabi Isa dan Nabi Yahya ‘Alaihimassalām diuji dengan orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi mendustai, menyakiti, dan menganiaya mereka. Orang-orang Yahudi telah berniat membunuh mereka. Allah SWT mengangkat Nabi Isa ‘Alaihissalām ke langit. Sementara itu, orang-orang Yahudi membunuh Nabi Yahya ‘Alaihissalām.
Setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah Al-Munawwarah, tempoh masa ujian kedua pun bermula. Ujian baginda di sana ialah orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi berusaha menyakiti dan mengalahkan Rasulullah SAW. Bahkan, mereka ingin melemparkan batu besar ke atas kepala Rasulullah SAW dengan maksud membunuh baginda. Akan tetapi, sebagaimana Allah SWT menjaga Nabi Isa ‘Alaihissalām, Allah SWT juga menjaga Rasulullah SAW daripada mereka. Setelah itu, mereka meracuni Rasulullah SAW dengan daging kambing muda yang beracun. Kesan racun ini terus berlanjut hingga Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW memberitahukan bahawa penyebab penyakit-penyakit yang baginda deritai sebelum meninggal ialah racun tersebut.
Kredit kepada :-
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah
MEMORI 2019: INSAF..
Baca dan komen …
” Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..”
Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.
“HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN”
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.
Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.
”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”
“Tiada satu pun”
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.
“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”
“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”
“Itu adalah kehendak Allah.”
“Siapakah orang tersebut?”
“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.
Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.
“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.
Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.
“Betul, siapakah tuan?”
“Saya Abdullah bin Mubarak.”
Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”
Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”
“Wah! saya sendiri tidak tahu!”
“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”
Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”
Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.
Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”
Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.
Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”
“Tetapi anda batalkan?”
“Benar.”
“Apa yang berlaku?”
“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”
“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”
“Ya sayang.”
“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”
“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”
Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.
Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”
“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.
“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.
Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”
“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”
Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”
Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..
Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…
PERKONGSIAN DARI LILY JULIENTI ABU BAKAR DARI UUM
Terima kasih Tuan Haji Samian, CEO OF USRAH ASSOCIATES Sam Senin sudi berkongsi ilmu bersama anak-anak BENT2U2I.
Semoga Usrah Associates terus sukses???
#alumniUUM
#ilmubudibakti
CLAIM KEMATIAN LULUS DLM MASA 5 HARI !
?? 16 Februari 2022, dokumen lengkap fasa kedua utk proses tuntutan dihantar. (Gambar 1)
?? 21 Februari 2022, Tuntutan diluluskan. (Gambar 2)
?? 23 Februari, Jumlah tuntutan bernilai RM48,098.12 selepas ditolak kos badal haji dimasukkan ke akaun waris sepenuhnya. (Gambar 3)
Alhamdulillah. Syukur ?
Terima kasih pihak Takaful Ikhlas Family Berhad atas tindakan yg pantas & cekap.
Terima kasih kpd semua pencarum Takaful Ikhlas. Ini adlh sebahagian drp dana Tabarru’ anda.
Terima kasih leader kami Sam Senin & agensi Usrah Associates atas tunjuk ajar & kerjasama menguruskan claim kematian.
Terima kasih seluruh ahli keluarga yg mendoakan urusan ini dipermudahkan.
Terima kasih semua rakan perjuangan yg sama2 turun padang dari hari pertama arwah meninggal dunia sehingga claim diluluskan.
Segalanya dengan izin Allah. Alhamdulillah arwah sempat mohon Takaful semampunya. Dapat meninggalkan sedikit bekalan utk waris meneruskan kehidupan baru tanpa dirinya.
Untuk anda diluar sana, rancanglah Harta dengan Hibah semampu yg boleh.
Buatlah selagi sempat. Kadang2 ‘NANTI’ tu akan jadikan ayat yang paling kita menyesal di kemudian hari…
Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amiin.
Norizan Ahmad
https://kliksini.my/NorizanAhmad
Usrah Associates Melaka PLt
Takaful Ikhlas Family Berhad