Alhamdulillah.. tahniah kepada semua yang telah berjaya layak Anugerah Konvensyen.. Semoga terus menjadi inspirasi kepada semua..
Yang belum berjaya , teruskan usaha .. KEJAYAAAN sedang tungggu untuk tahun ini ..
Kami jemput anda mulakan kerjaya bersama kami ..
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Generasi muda dan graduan hari ini digesa merebut peluang menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful kerana ia menjanjikan prospek kerjaya yang stabil dan potensi meraih lumayan yang tinggi.
Pengurus Agensi Kumpulan Usrah Associates, agensi berdaftar Takaful Ikhlas Family Bhd, Samian Senin berkata kerjaya sebagai perunding takaful kini tidak lagi dipandang rendah kerana mampu menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan iaitu lebih tinggi daripada tawaran gaji kerjaya profesional lain.
Beliau berkata walaupun industri takaful ketika ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun orang ramai mula sedar akan keperluan dan kepentingan takaful menjadikannya permintaan semakin bertambah dari hari ke hari.
Sustainable Brands KL 2019 Ditaja oleh Sustainable Brands “Persaingan (industri takaful) tetap ada dan mencabar, namun ada kelompongan lain yang boleh diisi iaitu orang ramai mula faham peranan dan manfaat polisi takaful seperti memberi perlindungan kewangan saat kritikal seperti sakit, rawatan hospital selain perlindungan kepada aset,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini. Samian adalah antara ejen-ejen cemerlang Takaful Ikhlas yang menerima ‘Anugerah Mega Agensi’ (AMA) kali kelima tahun ini, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Takaful Ikhlas kepada ketua agensi yang berjaya mengumpul jumlah caruman berkumpulan tahun pertama terkumpul melebihi RM 3 juta setahun.
Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah lain sepanjang bersama Takaful Ikhlas antaranya Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasilan Unit Langsung Teratas dan Anugerah Million Ringgit Agency (MRA). Berkongsi rahsia menjadi perunding takaful yang berjaya, Samian yang telah bersama Takaful Ikhlas selama 16 tahun berkata beliau sentiasa komited dan berani mengambil risiko dalam setiap apa cabaran yang dihadapinya.
“Takaful ini juga adalah salah satu cabang perniagaan jadi saya tidak lari dari faktor jatuh bangun. Saya pernah kehilangan ramai perunding terlatih di bawah agensi saya yang telah dipancing pihak luar. Bagaimanapun, saya teruskan juga dan percaya kepada rezeki,” katanya. Mengulas lanjut, Samian yang juga bekas pegawai bank berkata graduan yang berminat dengan dunia perniagaan takaful tidak perlu takut sekiranya mereka tidak ada ilmu tentang kerjaya itu kerana mereka akan dilatih sehingga menjadi perunding takaful yang profesional dan beretika. Malah katanya perniagaan takaful dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia bagi memastikan perniagaan yang dijalankan secara berhemat tanpa menjejaskan kepentingan peserta dan industri.
“Mereka perlu menghadiri kursus latihan bagi mempelajari skil selain juga perlu mengikuti Continuing Professional Development (CPD) bagi meningkatkan pengetahuan semasa dan kompentesi bagi menjadi perunding takaful yang profesional,” katanya.
Berdasarkan report tahun 2016 yang dikeluarkan oleh BNM, Kadar penebusan pasaran takaful hanya sekitar 16% dan Jumlah perlindungan takaful individu yang menyertai plan takaful hanyalah sekitar RM59,000 sahaja. Adakah perlindungan sebanyak ini telah cukup dan membolehkan keluarga dapat mengekalkan cara hidup yang sama ?
Kali ini kami kongsikan bagaimana untuk mengira jumlah perlindungan yang ideal untuk keluarga anda.
Jadi untuk tujuan ini kita kena mengenalpasti perkara berikut :-
i. Mengira keperluan tunai semasa
Tunai semasa adalah berapakah hutang tidak bercagar, kos pendidikan dan lain-lain kos
ii. Mengira keperluan pendapatan semasa
Berapa jumlah perbelanjaan keluarga yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan cara yang sama jika anda telah tiada nanti.
iii. Dana dan aset semasa untuk penyelesaian
Jumlah aset cair yang ada seperti perlindungan takaful sedia ada, jumlah simpanan di bank / TH
iv. Mengira kemampuan Sebenar
Pendapatan – Perbelanjaan = lebihan / Kekurangan
Jumlah Perlindungan = Tunai semasa + Keperluan Pendapatan semasa – Dana & aset sedia ada.
Untuk para perunding takaful , kita bukan hanya mempromosi produk semata-mata tetapi kita mesti menyampaikan kepada masyarakat agar mereka mempunyai perlindungan yang ideal jika sesuatu musibah berlaku.
Jika kita menggunkan kaedah ini, kita telah membantu mereka mencapai matlamat kewangan dan secara tidak langsung anda akan menjadi seorang perunding yang professional dan berintergriti ..
Antara tugas seorang leader adalah sentiasa memberi inspirasi kepada rakan niaga dan `protege’ walau di mana ia berada.
Menukar persekitaran yang negatif menjadi positif , menjadikan masalah sebagai peluang, menjadikan ancaman sebagai kekuatan..
Tahniah dan terima kasih kepada rakan niaga dan para protege yang terus menjadi pengikut yang setia dan berkerjasama untuk mencapai visi & Misi ..
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”(Surat As-Shaf Ayat 4)
Semoga kita semua terus istiqamah dan kekal bersama bagi memikul amanah ini yang semakin berat dan mencabar ini.
Kembara ke Turki yang penuh dgn Iktibar utk kita renung bersama ..
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama dan kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang..