KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN
Alhamdulillah dan terima kasih UUM kerana memberi peluang untuk berkongsi ilmu esok 11hb Dis 2022.
Kami memilih Tajuk KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ..
Kenapa kami memilih Tajuk Ini ?
Cuba kita renung dan lihat kenapa Nabi Muhammad saw berniaga ?
Adalah Baginda Nabi Nak kaya?
Agak-agak kenapa Islam dan Rasulullah saw menggalakkan umatnya berniaga?
Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan dan sebagai kaedah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang terangan.
Orang yg berniaga atau usahawan mempunyai kadar tawakkal yang lebih tinggi. Sebab kita tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Kita akan buat kerja dengan sungguh2 dan terus usaha tanpa henti dan menyerahkan segala kepada Allah swt, atau kita penuh mutlak tawakkal pada Allah SWT.
Selepas itu ?
Dalam pernigaan kita akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam & perangai manusia, kita akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Dalam konteks dakwah, Nabi SAW akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya setelah dilantik menjadi rasul.
Kemudian apa?
Ukhwah dan silaturrahim.
KIta akan kenal ramai orang baru dalam hidup . Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ‘ good contact ‘ atau prospek.
Dari pengalaman Peribadi , mentor & juga ayah selalu berpesan , untuk mendapatkan contact ialah bersifat amanah , jujur dan suka tolong orang.
Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ‘ good contact ‘ digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat KEIKHLASAN dan KEJUJURAN baginda. Mereka membeli bukan sebab produk sahaja tetapi mereka melihat kita. Apa produk Nabi SAW ? Ia adalah IMAN & ISLAM
Setelah peribadi diri yang sempura dan produk yang sempurna…
Berniaga akan bawa kita merentas dunia dan seantero dunia. Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk menghasilkan Jati diri serta produk yg terbaik. Pengajaran yang berguna untuk kita terus cekal.
Dan dalam konteks dakwah Nabi SAW, baginda kerap berdagang diluar negara dan melihat kepelbagaian ragam manusia. Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua @ muda, miskin @ kaya, hamba @ raja, lelaki @ wanita.
Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar mencapai matlamat asal kehidupan iaitu untuk berjaya di dunia & di akhirat. Untuk berjaya kita mesti mempunyai rasa tawakkal dan syukur yang paling tinggi .
Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda lakukan di usia muda.
Ketahuilah bahawa baginda tidak duduk sahaja tetapi ditarbiyyah dalam pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya.
Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti menjadi kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba yang bersyukur.
Firman Allah swt antaranya bermaksud:-
“Barang siapa bersyukur kepadaKu, akan KU tambah lagi nikmatKu kepada mu, barang siapa yang kufur, sesunggunya azabKu amat lah pedih “.
Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.
Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.
Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat kepada umat manusia , BUKAN untuk kaya.
Nabi pernah bersabda , antaranya bermaksud :- “Bahawa sebaik-baik umat Nabi saw adalah mereka yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?
Berapa usia kita sekarang ?
Contohi Nabi SAW di usia kita.
Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.
Nak rasa sayang pada Nabi SAW? Kena ikut dan tiru Nabi SAW
Sebab itu untuk berjaya dalam perniagan kena pegang 2 perkara iaitu Jangan malu dan Jangan putus asa.
Sebab dalam dakwah kita tidak boleh malu dan putus asa. Terus istiqamah dengan amanah yang telah diamanahkan..
Saya juga pernah gagal dan hampir putus asa dalam berniaga, tetapi saya belajar tentang sakitnya bila jatuh dan berapa yuran yang harus dibayar untuk bangkit semula. Ini juga akan menjadikan kita menjadi orang yang lebih BERSYUKUR.
Sunnah itu bukan HANYA pada jubah, makanan atau pakaian.
Tetapi sunnah adalah pada PERLAKSANAAN
JOM … Bermula hari ini, saat ini kita terur memperbanyakakan Selawat Nabi SAW.. Allahumma Sollilahu a’la saiyyidina muhammad.
Jom sertai kami ..
#AllahSayangKitaNabiSayangKita
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential