TIP & PANDUAN TAKAFUL 23 Oktober 2021

Takaful ini tak penting sangat pun…
Pengalaman saya setahun yang lalu, masuk wad disebabkan ada batu hempedu.
Selepas buat ujian ultrasound, doctor cakap kena operation untuk buang hempedu sebelum perkara yang lebih teruk akan jadi. Kos keseluruhan dalam RM15,000 – RM20,000.. boleh tahan mahal jugak kos dia kan ??.
Kebetulan masa itu saya ada Medikal Kad, bayar pun RM170 sebulan. Saya kira-kira jumlah yang dah bayar lebih kurang RM3,000 lebih. Jadi, bagi ajelah Medikal Kad itu di kaunter. Bukan kad kredit atau debit kad tau. Medikal Kad ??
Selesai operation, maka keluarlah 7 biji batu dari hempedu saya. Batu yang punca saya sakit perut sampai berguling-guling.  Final bill adalah RM27,000 dan dibayar sepenuhnya dari Medikal Kad saya tu. Jadinya, penting ke tak penting sebenarnya?
Bila kita bersedia, semuanya InshaAllah akan ok??

Norizan Ahmad

MEMORI 23 Oktober 2019

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI..
Setelah memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Perunding Takaful , langkah seterusnya ialah memahami elemen penting dalam perancangan kewangan yang holistik iaitu :-
– Wakaf & Harta Pusaka (distributon )
– Persaraan ( Retirement )
– Zakat & Cukai (Purification)
– Pelaburan Islam (Accumulation)
– Pengurusan risiko (Protection)
– Cash Flow/ Liability mgt ( Generation)
Bagi memastikan matlamat yang di inginkan dapat dicapai , seorang Perunding Takaful mesti memahami semua produk yang ada dan mencadangkan produk @ kombinasi produk terbaik kepada pelanggan berdasarkan kadar kemampuan yang ada..
Untuk anda lebih mahir lagi dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sila hadir ke kelas bimbingan kami setiap hari sabtu .. dan ia adalah PERCUMA..
Hari ini berkesempatan berkongsi ilmu tentang peranan takaful dalam menjayakan program Waqaf bersama WanCorp di Johor Corporation Bhd. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir ..
“segulung ijazah tidak akan memastikan masa depan yang cerah tetapi selangkah tindakan untuk berubah akan membawa anda ke mana sahaja.”

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana

INSPIRASI 22 Oktober 2021

Jadikan semua kesukaran dan ujian yg berlaku sebagai inspirasi utk terus melangkah kehadapan.. Klu hari ini kita sebagai leader yang hebat sudah pasti kita bermula dari seorang yang “NOBODY”
Teruskan langkah anda , tempoh segala ujian dengan sabar .. yakin la bahawa Allah swt sentiasa bagi yang terbaik utk kita ..

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat

TIP & PANDUAN 22 Oktober 2021 : TUGAS , TANGGUNGJAWAB & AMANAH

Alhamdulillah, syukur diberi kesempatan untuk terus menjalankan misi pengagihan Kit Prihatin Covid-19 yang kini telah pun memasuki Siri Ketiga. Pasukan agihan AWQAF telah turun padang bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan kit ini kepada pemohon B40 yang layak. Kali ini, Awqaf Holdings Berhad dengan kerjasama Usrah Associates Melaka telah bersama-sama dalam sesi penyampaian kit prihatin di Kompleks Niaga Melaka Perdana.
Seramai *12 pemohon dari Melaka dan 1 pemohon dari Negeri Sembilan* telah menerima manfaat hasil sumbangan daripada para pewakaf melalui Tabung Waqf4Health sejak kempen ini dilancarkan pada 3 September 2021.
Dengan sumbangan kit ini, pihak AWQAF berharap agar ianya sedikit sebanyak membantu mereka dalam penjagaan diri dan masyarakat sekeliling agar terhindar daripada wabak ini. Diharapkan juga agar penerima manfaat sumbangan Waqf4Health, gunakan kit prihatin Covid-19 ini sebaik mungkin agar manfaat para penyumbang akan berpanjangan dan berterusan hingga ke akhirnya.
AWQAF masih memerlukan sumbangan wakaf daripada rakyat Malaysia agar mereka yang terkesan dan pernah menghidapi wabak COVID-19 dapat dibantu. Salurkan wakaf anda melalui pautan :
*https://awqaf.onpay.my/order/form/kitprihatincovid19*

#AWQAFPrihatin
#KitPrihatin
#SetAsasCOVID-19
#JomBerwakaf
#kitajagakita