PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI..


Adakah anda Pernah GAGAL dalam Kehidupan ?
Adakah ANDA ingin Ulangi kegagalan tersebut ??
JIka TIDAK, Apa tindakan yang anda ingin lakukan sekarang ?

Adakah anda ada masalah kewangan ?
Jika Ya, Apa tindakan anda sekarang ?
Tambah Pendapatan @ Kurangkan Perbelanjaan ?

Sertai kami ,kami bersedia untuk berkongsi pengalaman dan idea bagaimana untuk membina kehidupan yang lebih bermakna..

`life is too short, so make it longer ‘

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwithus

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI ( Ankara – Istanbul )

Berdasarkan report tahun 2016 yang dikeluarkan oleh BNM, Kadar penebusan pasaran takaful hanya sekitar 16% dan Jumlah perlindungan takaful individu yang menyertai plan takaful hanyalah sekitar RM59,000 sahaja. Adakah perlindungan sebanyak ini telah cukup dan membolehkan keluarga dapat mengekalkan cara hidup yang sama ?

Kali ini kami kongsikan bagaimana untuk mengira jumlah perlindungan yang ideal untuk keluarga anda.

Jadi untuk tujuan ini kita kena mengenalpasti perkara berikut :-

i. Mengira keperluan tunai semasa

Tunai semasa adalah berapakah hutang tidak bercagar, kos pendidikan dan lain-lain kos

ii. Mengira keperluan pendapatan semasa

Berapa jumlah perbelanjaan keluarga yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan dengan cara yang sama jika anda telah tiada nanti.

iii. Dana dan aset semasa untuk penyelesaian

Jumlah aset cair yang ada seperti perlindungan takaful sedia ada, jumlah simpanan di bank / TH

iv. Mengira kemampuan Sebenar

Pendapatan – Perbelanjaan = lebihan / Kekurangan

Jumlah Perlindungan = Tunai semasa + 
Keperluan Pendapatan semasa –
Dana & aset sedia ada.

Untuk para perunding takaful , kita bukan hanya mempromosi produk semata-mata tetapi kita mesti menyampaikan kepada masyarakat agar mereka mempunyai perlindungan yang ideal jika sesuatu musibah berlaku.

Jika kita menggunkan kaedah ini, kita telah membantu mereka mencapai matlamat kewangan dan secara tidak langsung anda akan menjadi seorang perunding yang professional dan berintergriti ..

#KembaraTurki 
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI


Antara tugas seorang leader adalah sentiasa memberi inspirasi kepada rakan niaga dan `protege’ walau di mana ia berada.

Menukar persekitaran yang negatif menjadi positif , menjadikan masalah sebagai peluang, menjadikan ancaman sebagai kekuatan..

Tahniah dan terima kasih kepada rakan niaga dan para protege yang terus menjadi pengikut yang setia dan berkerjasama untuk mencapai visi & Misi ..

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”(Surat As-Shaf Ayat 4)

Semoga kita semua terus istiqamah dan kekal bersama bagi memikul amanah ini yang semakin berat dan mencabar ini.

Kembara ke Turki yang penuh dgn Iktibar utk kita renung bersama ..

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama dan 
kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang..

#KembaraTurki
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI

Tugas paling sukar bagi seorang Usahawan adalah bagaimana utk mengekalkan momentum yang ada dlm persekitaran yg amat mencabar..

Antara kaedah yg kami gunakan ialah membawa rakan niaga bercuti bagi menyuntik semangat dalaman dan juga sebagai penghargaan atas segala usaha serta komitment yang telah diberikan..

Terima kasih kepada semua rakan niaga kami khasnya Ali, Masron, Suhaila, Fedzil,Azra,Ijan, Nadia, Mimi,Shikin,Shafiq, Najla,Syawal , Nizam, Amin, Nurul,Rafie dan semua team UA

Semoga kita semua terus istiqamah dan kekal bersama bagi memikul amanah ini ..

Kembara ke Turki yang penuh dgn Iktibar utk kita renung bersama ..

Firman Allah swt antaranya bermaksud

“Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Allah telah menghancurkan orang-orang itu; dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu”.( Surah Muhammad :10)

Kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang..

#KembaraTurki
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana