PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI


Salah satu faktor utama untuk terus istiqamah dalam kerjaya ialah kita MESTI mempunyai matlamat yang jelas kenapa kita berniaga dan sentiasa bergaul dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif ..

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Qs. Al-Imran : 139)

Set Matlamat dan buat perancangan jangka pendek & jangka panjang. Laksanakan lah segalanya kerana Allah swt dengan sabar dan kerjakan solat tepat pada waktunya, Insyallah kita akan sukses dunia & akhirat.

Firman Allah swt antaranya bermaksud

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”( Qs. Al-Baqarah : 45)

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama..
Kejayaan adalah suatu perjalanan yang panjang..

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
#JalanTerusBosskur

PERKONGSIAN HARI INI


Sy rasa ramai bersetuju bahawa keadaan ekonomi negara dan dunia semakin parah. Harga barangan semakin mahal , kos kehidupan semakin meningkat dan lebih malang peluang pekerjaan untuk para graduan baru semakin sedikit. Ramai warga kerja yang tidak disambung kontrak dan terpaksa mencari pekerjaan baru.

Menjadi lebih malamg lagi , kadar keruntuhan akhlak semakin teruk.

Jadi apa idea anda untuk menghadapi situasi ini ?

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama..

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
#JalanTerusBosskur

PERKONGSIAN HARI INI..

Utk berjaya dlm kerjaya kita kena selalu ingat kepada org2 yg pernah berjasa ..

Terima kasih kepada Kartini & Partners yg sudi ziarah kami .. Peguam terbaikyg banyak membantu ketika berada di zaman kejatuhan Perniagaan suatu ketika dulu .. Jika anda perlukan khidmat peguam yg terbaik sila hubungi kami ..

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

..AIDIL FITRI YG AMAT MEMBERI KESAN ..

Semoga kita semua diberi keampunan dan kesejahteraan.. utk kaum keluarga, sahabat2 dan kenalan yg sedang sakit semoga Allah swt memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan..

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerana hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga kita semua akan bertemu di syurga nanti …