Selamat hari guru khasnya untuk guru pertama dan bapaku
Ibu , Nenek , Sheikh M. Firdaus dan semua guru-guru yang pernah medidik kami ..
Wahai guru-guru kami..
Dalam ajaran mu ada harapan,
dalam teguran mu ada doa,
dalam marah mu ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangan mu juga kami terbina.
Berbahagialah kerana menjadi guru kami
Sebagai leader , kita juga
seperti seorang guru ..
Adakala kita di benci, di caci , dimusuhi, tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar …
meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.
Untuk guru-guru kami yang telah
meninggal dunia, kami hadiahkan Al-Fatihah dan kami doakan semoga semua
ditempatkan bersama hambaNya yg soleh/solehah..
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan
hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah
kami lalui
Ya Allah, bukakanlah,
tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam
beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya
…
Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesehatan,
keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari
ini dan hari-hari selanjutnya
Ya Allah, limpahkan dan
lipat-gandakanlah rezki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnyaYa
Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami
hari ini dan hari-hari selanjutnya..
Ya Allah, perlihatkanlah,
perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang
menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari
selanjutnya.
Ya Allah, mudahkanlah semua
urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan
perkenankanlah doa² kami, wujudkanlah harapan² kami,
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Lata Kare,
Seorang wanita tua yang berusia 67 tahun.
Tinggal di sebuah wilayah kecil, Baramathi, India.
Mereka suami isteri,
Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Serba serbi kekurangan,
Miskin papa kedana.
Namun cinta mereka utuh walaupun di rumah usang yang tua.
Satu hari, suami Lata Kare jatuh sakit,
Dan kelihatan keadaan sakitnya teruk dari biasa.
Late Kare,
seorang isteri yang galau hatinya,
melihat duit yang ada,
Untuk membawa suaminya ke hospital yang jauh lokasinya,
Namun tidak mencukupi.
Diketuk rumah-rumah jiran,
Mencari secebis bantuan,
Buat bekal belanja di perjalanan.
Dengan sumbangan jiran-jiran itu,
Lata Kare dan suami bergerak ke hospital,
Menaiki kenderaan.
Sesampai di hospital,
Suami Lata Kare diperiksa dengan terperinci,
Lalu sang doktor memanggil si isteri,
Memaklumkan bahawa suami ini harus segera dirawati,
Dan kosnya menelan harga 5000 rupee.
Saat mendengar jumlah besar itu,
Berlari Lata Kare keluar dari hospital,
Menuju ke jalan besar,
Langkahnya penuh juraian air mata.
Di sisi jalan itu,
Dia meraung dalam kedukaan,
Dalam kesengsaraan,
Terduduk sambil tangannya di angkat ke langit tinggi,
“Oh Tuhan, mengapa aku yang disiksa ?
Tidak cukupkan selama ini aku disiksa”.
Orang yang lalu-lalang melihat deraian airmata si tua,
Mendengar bait bicaranya,
Mengundang sebak di dada,
Malah ada yang turut mengalirkan air mata juga.
Dengan langkah longlai,
Diseka air mata tadi dengan hujung sarinya,
Lata Kare masuk semula ke hospital,
Menemui sang suami.
“Abang, marilah kita pulang. Aku tidak mampu menyediakan
biaya rawatan untukmu” .
Terlihat dua orang warga tua,
Saling berpimpinan tangan,
Melangkah satu demi satu,
Keluar dari hospital.
Berjalanlah mereka,
Meniti jalanraya yang sibuk,
Membawa haluan untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba,
Sang suami berkata,
“Lata Kare, aku lapar. Aku belum makan lagi.”
Bergegaslah sang isteri mencari sesuap makanan untuk suami,
Senilai dengan sisa wang yang masih ada,
Dapatlah dibeli 2 keping samosa,
Yang dibalut kemas di dalam bungkusan suratkhabar.
Duduklah dua orang tua di sisi jalan,
Si lelaki menikmati suapan samosa dari si isteri,
Dijamahnya penuh nikmat.
Si isteri,
Melihat suaminya,
Tulang belakangnya selama ini,
Sekarang sedang sakit dan tak mampu dirawat,
Si isteri rasa menjadi terlalu hiba,
Sehingga air mata menitis lagi,
Lagi dan lagi,
Menitis jatuh sehingga ke atas bungkusan suratkhabar samosa.
Si isteri berfikir,
Apakah harinya bersama suami bakal berakhir sikit masa lagi,
Bagaimana bisa dia menghadapi kehilangan ini ?
Lata Kare merenung samosa yang hampir habis,
Benarlah suaminya terlalu lapar,
Apakah ini suapan terakhir dari isteri,
Bertanya hati kecil bertubi-tubi.
Tiba-tiba,
Lata Kare melihat,
Di helaian suratkhabar kecil itu ada tertulis,
Larian Marathon,
Hadiah Grand Prize adalah 5000 rupee,
Dan tarikhnya adalah ESOK !
Wanita tua ini,
Terus bercahaya wajahnya,
Terukir senyuman tanpa dijangka.
Lata Kare bangkit awal pagi,
Menuju ke lokasi Marathon,
Di meja pendaftaran dia berdiri,
Untuk mendaftarkan diri.
Petugas di kaunter melihat Lata Kare dari kepala hingga ke kaki,
Wanita tua,
Uban banyak di kepala,
Kulitnya kedut sini sana,
Bersari lusuh,
Berkaki ayam.
Petugas marathon menolak permintaan Lata Kare.
Maka,
Menangislah si tua ini,
Lalu sujud di kaki petugas tadi,
Merayu dan merayu.
Akhirnya,
Lata Kare dibenarkan menyertai Marathon tersebut.
Si tua,
Akan bersaing dengan orang muda,
Yang penuh bergaya dengan pakaian sukan,
Bertopi dan berkasut.
Lata Kare menyingsing sarinya,
Mengikat di pinggang.
Penonton yang berada di kiri kanan,
Melihat Lata Kare seperti si badut,
Keberadaannya di situ umpama memberi satu jenaka,
ada menyindir,
ada mencela.
Apabila pistol dilepaskan,
Lata Kare berlari dan berlari.
Wartawan BBC yang pada ketika itu membuat liputan,
Mengatakan,
Lata Kare berlari seperti seorang budak belasan tahun,
Berlari laju,
Memotong seorang demi seorang,
Walau peluh membasahi sari,
Walau luka berdarah di kaki,
Dia berlari tanpa henti.
Akhirnya,
Lata Kare berjaya menjadi orang pertama tiba di garisan penamat,
Mengalahkan semua orang muda.
Dan apabila ditemuramah oleh wartawan,
Apakah yang menyebabkan makcik sebegitu kuat untuk meneruskan marathon ini di
usia begini,
Dalam sakit begini ?
Jawab Lata Kare,
Penuh bercucuran airmata,
” Kerana bersama larian aku tadi,
Aku membawa harapan suamiku,
Kerana aku membawa nyawa suamiku.”
Lata Kare mengajar kita,
Apabila jelas BIG WHY kita,
Yang mustahil pun akan mampu dicapai !.
“Ya Allah, terimalah amalan2 kami, perkenankanlah doa2 kami,
limpahkanlah rahmat Mu kepada kami dan bukakanlah pintu kebaikkan untuk kami
seperti mana Engkau berikan kepada para anbiya’ dan auliya’ Mu dan hamba2 Mu
yang soleh”.
PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI
4hb Mei 2019 , UiTM Arau..
Terima kasih UiTM Arau yang memberi peluang untuk berkongsi ilmu
`Apakah ciri yang perlu ada untuk menjadi pilihan majikan’ kepada
pelajar-pelajar tahun akhir dari pelbagai bidang. Peluang mendapatkan pekerjaan
yang selaras dengan kelulusan amatlah sukar.
Sebagai seorang yang
berpengalaman , kami nasihatkan agar rebut/ ambil sahaja peluang yang ada di
depan mata.
Kami menawarkan anda semua untuk
menjadi `Perintis Perunding Takaful’ bersama kami di Usrah Associates plt.
“Segulung ijazah tidak
memastikan masa depan yang cerah, tetapi selangkah TINDAKAN untuk berubah akan
membawa anda ke mana sahaja”