INSPIRASI UNTUK TERUS ISTIQAMAH

Sila hayati dan fahami

Khutbah Terakhir Rasulullah
9 Zulhijah 10 Hijrah
Bukit Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu
………..,
Sama2 kita memperbanyakkan selawat atas Nabi SAW
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Kami menjemput anda untuk menyertai kami bagi menyambung perjuangan Rasullulah saw..
Sila klik
http://www.wasap.my/60177379900/Kerjaya

#JihadBisnes
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat

KENANGAN TAHUN 2019 BERAYA BERSAMA SAHABAT USRAH ASSOCIATES PLT DI BUMI TURKI

Kenangan beraya bersama sahabat Usrah Associates PLt pada 2019 di bumi Turki. Istanbul kami datang.
Tiket free sponsored by Usrah Associates dan bos Sam Senin.
Terima kasih banyak. Selamat hari raya semua, maaf zahir batin. Jom sertai kami di Usrah Associates PLt.
Tiada yang Mustahil.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Www.Usrah-associate.com
#UsrahAssociatesPLt

Catatan dari Muhammad Khairul Nizam Ithnin

SALAM AIDIL FITRI

Alhamdulillah . aidilfitri berkunjung lagi ..
masih sempat utk utk merayai di usia yang
berbaki ini
kekadang pilu … kekadang sayu …
ramai antara sahabat-sahabat telah berpergian mendahului …
di lubuk hati cemas dan ngeri.. tertanya sendiri… apakah Ramadhan dan syawal mendatang… masih ada untuk ku lagi
Jika tiada … apakah cukup bekalan yang ada untuk dibawa pergi … yang pasti… terlalu banyak yang perlu dilunas bimbang tidak terpikul nanti …
Sahabat-sahabat ku … sempena hari mulia ini… setulusnya… aku pohon ampun maaf atas segalanya .
Jika aku mendahului mu … kemaafan itulah hadiah terbaik untuk bekalku

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin
Hati-hati memandu..

Jangan lupa selawat
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Semoga kita sama-sama cemerlang dunia & akhirat

#SelawatJanganTinggal
#UsrahAssociatesPLt