RANCANG KEWANGAN ANDA: MASALAH HUTANG JIKA MENINGGAL DUNIA

Saya percaya mesti ada di antara kita yang pernah meminjamkan wang kepada seseorang tetapi sehingga kini masih belum dilangsaikan, betul?
Semasa mereka ingin meminjam dari kita, pelbagai janji-janji manis seperti; “akan dibayar minggu depan”, “akan dibayar bulan depan” & sebagainya.
Barangkali ada yang melakukan ‘emotional blackmail’ dengan kata-kata seperti “takkan engkau tak percaya kat aku?”, “engkau tak kesian tengok kawan engkau ni ke?”
Tidak dinafikan ada yang memang mahu melunaskannya tetapi tidak mampu tetapi saya juga percaya kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa dari awal meminjam wang, mereka tidak berniat membayarnya;
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Sebab itu kita dapat lihat bagaimana orang yang berhutang dengan kita ke sana ke sini, membelikan hadiah harijadi anak & orang tersayang, bercuti ke sana ke sini tetapi hutang tetap tidak mahu dibayar.
Tambah buruk apabila tidak langsung bertanya khabar memaklumkan tidak mampu membayar dan sikap ini jauh berbeza apabila mereka ingin meminjam wang di mana setiap jam setiap hari akan menghubungi kita bertanya khabar dan status permohonannya untuk meminjam wang dari kita.
Ya, kita tidak tahu niat seseorang tetapi apabila Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam telah bersabda bahawa jikalau seseorang berniat untuk membayar hutang nescaya Allah memudahkannya melunaskan hutang tersebut.
Jikalau kita masih berhutang & sukar membayarnya, betulkan niat kita. Mohon pada Allah bantu kita melunaskan hutang. Jangan pula hutang orang kita tak bayar tetapi kita ‘enjoy’ sana sini. Ingat, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”
(HR. Ibnu Majah no. 2410)
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.”
(HR. Ibnu Majah no. 2414)
Semoga Allah membantu kita. Allahuma Ameen

Kredit kepada Halim Husin

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya “A Theory of Human Motivation” di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

LIMA (5) KEPERLUAN TERSEBUT ADALAH:

1) KEPERLUAN FISIOLOGI.
Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

2)KEPERLUAN KESELAMATAN.
Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3) KEPERLUAN SOSIAL
Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4) KEPERLUAN PENGHARGAAN DIRI (Esteem).
Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5) KEPERLUAN HASRAT DIRI.
Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).
Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:
a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri….
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan….

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwitus
#usrahassociatesperihatin

SALAM ISRAK MIKRAJ

NABI-NABI YANG DITEMUI PADA PERISTIWA MIKRAJ
Peristiwa Israk terjadi ketika Rasulullah SAW berada di Makkah Al-Mukarramah. Makkah Al-Mukarramah merupakan tanah haram Allah SWT yang berada di bawah perlindungan-Nya. Orang-orang yang bermukim di sana merupakan para tetamu Baitullah. Sementara itu, Peristiwa Mikraj (naik ke atas langit) terjadi daripada kota suci Al-Quds.
Nabi pertama yang Rasulullah SAW jumpa di langit pertama ialah Nabi Adam AS.

Pada asalnya nabi Adam AS berada dalam perlindungan Allah SWT dan sangat hampir denganNya (yakni di syurga). Iblis yang merupakan musuh Nabi Adam AS telah menipunya sehingga menyebabkan dirinya dikeluarkan daripada syurga.

Kejadian pertama yang dialami oleh Rasulullah SAW juga serupa dengan kisah ini. Musuh-musuh Rasulullah SAW telah mengeluarkan baginda daripada tanah haram (Makkah Al-Mukarramah) dan tempat yang dekat dengan Baitullah serta menjadi sebab berhijrahnya baginda SAW.

Di langit kedua, Rasulullah SAW melihat Nabi Isa dan Nabi Yahya ‘Alaihimassalām. Nabi Isa dan Nabi Yahya ‘Alaihimassalām diuji dengan orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi mendustai, menyakiti, dan menganiaya mereka. Orang-orang Yahudi telah berniat membunuh mereka. Allah SWT mengangkat Nabi Isa ‘Alaihissalām ke langit. Sementara itu, orang-orang Yahudi membunuh Nabi Yahya ‘Alaihissalām.

Setelah Rasulullah SAW hijrah ke Madinah Al-Munawwarah, tempoh masa ujian kedua pun bermula. Ujian baginda di sana ialah orang-orang Yahudi. Orang-orang Yahudi berusaha menyakiti dan mengalahkan Rasulullah SAW. Bahkan, mereka ingin melemparkan batu besar ke atas kepala Rasulullah SAW dengan maksud membunuh baginda. Akan tetapi, sebagaimana Allah SWT menjaga Nabi Isa ‘Alaihissalām, Allah SWT juga menjaga Rasulullah SAW daripada mereka. Setelah itu, mereka meracuni Rasulullah SAW dengan daging kambing muda yang beracun. Kesan racun ini terus berlanjut hingga Rasulullah SAW wafat. Rasulullah SAW memberitahukan bahawa penyebab penyakit-penyakit yang baginda deritai sebelum meninggal ialah racun tersebut.

Kredit kepada :-
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah