INSPIRASI KEJAYAAN…

Kegagalan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan.
Jadi teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.
Walau apa yang berlaku , Kami tetap bersyukur kerana terpilih untuk menjadi Usahawan Takaful & khasnya di Takaful Ikhlas Family Berhad

Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam

PERKONGSIAN HARI INI…MEMORI CATATAN 2016

Salah satu peranan utama Perunding Takaful ialah mengenalpasti matlamat kewangan pelanggan dan memberi cadangan terbaik agar pelanggan dapat matlamat yang diinginkan , samada matlamat dunia atau matlamat akhirat.. Dengan menyertai plan Takaful anda telah membuat perancangan dunia & akhirat.. Ini selaras dgn Firman Allah SWT antaranya bermaksud ‘..dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan'(surah AL-Majidah: 2).. Sebagai perunding Takaful juga anda akan menikmati kebebasan masa & kewangan .. Utk para perunding kami teruskan usaha anda tanpa jemu & Istiqamah dgn kerjaya anda.. Semoga kita semua berjaya dunia & akhirat ..

Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam

PERKONGSIAN HARI INI….

‘Antara 2 darjat’.. Perkongsian hari ini .. Di awal kerjaya sebagai perunding Takaful hanya berbekalkan azam utk mengubah cara hidup dan sebuah motosikal buruk.. Apabila prospek tanya dtg naik apa hujan2 nie , saya bagitau naik Honda , dia tanya lagi accord ke civic, ala bang Honda biasa-biasa je.. Honda yang terlalu banyak berjasa dlm kerjaya ini.. Untuk kita terus berjaya dalam apa jua bidang kita seharusnya sentiasa ingat mereka yang membantu kita walaupun hanya sebesar zarah .. Moral cerita ini ialah untuk Protege kami dan mereka yang baru mula buat biz , mulakan dengan apa yang anda ada, tingkatkan azam & usaha tanpa jemu ..insyaallah anda akan berjaya mengejar impian anda

Samsenin.com
Catatan Sebagai Perunding Kewangan Islam