TAK MINAT VS MINAT

Kenapa saya nak buat juga kerjaya ini walaupun tak minat ?.. Cuba lihat penyata akaun di bawah.. Klu ia berlaku pada anda apa yang anda akn buat ? Teruskan minat anda atau buat apa yang anda tak minat.. Ini adalah gaji dan belanja saya selepas tamat pengajian di UUM
Gaji dan Eka. 1370
Epf. 137
Sewa Rum. 150
Makan. 300
Kereta lama. 470
Minyak. 150
Bill hp dll. 150
Emak & bapa. ?
Duit untuk kahwin. ?
Utk memastikan ia cukup maka saya membuat kerja Part Time mengikut apa yg sy minat iaitu bisnes pasar malam dan car Booth sale .. Tapi ia masih tak mencukupi dan terus kerja keras..
Jadi saya cuba buat kerja yang saya tak minat iaitu buat insuran .. Boss @ AM sy kata jumpa 3 orang pasti sorang akan ambil .. Sy buat strategi iaitu balik kerja pkl 6 sy jumpa sorang dan slps maghrib sy jumpa sorang prospek , ini bermakna saya jumpa 2 orang prospek setiap hari , 30 hari saya dah jumpa 60 orang dan akan dapat 20 pelanggan sebulan .. Amacama cantik tak?.. Tapi apa yang berlaku adalah saya dah jumpa 12 orang , sorang pun tak dapat , saya mengadu pada Boss , dia cuma ckp org ke 13 akan ambik .. Jumpa 25 orang , masih blm ada yg ambik , mcm biasa Boss saya kata org ke 26 akan ambil .. Dan akhirnya org ke 27 bersetuju utk membeli insuran dgn saya dgn premium sebanyak rm104.20 sebulan .. Sy teruskan usaha dan akhirnya sy mendapat 19 pelanggan di bulan pertama menjadi Agent insuran , hasil dari membuat 60 persembahan , maka betul kata dari Boss saya 3:1
Utk perunding Takaful baru atau lama jangan jemu utk jumpa prospek utk terangkan kepentingan Takaful .. Bersungguh-sungguh dan Istiqamah , insyaAllah akn sukses ..
‘Talk is cheap , action Is real expensive ‘

CERITA BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN!! | MEMORI 2017

Perjalanan menuju kejayaan penuh dengan ujian dan cabaran
CERITA BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN!!
Antara pekerjaan ‘part time’ di zaman persekolahan ialah menebas rumput ditebing parit ini bagi membantu meringankan beban bapa . Ketika itu baru berusia 15 thn. Kadar upah yang diterima ialah RM1.80 bagi jarak 66 kaki atau 132 kaki.. penatkan? Sebaik sahaja balik dari sekolah maka tugas menebas pun bermula..
Pengalaman ini harus dikongsikan dengan anak2 atau generasi skrg agar mereka mengambil iktibar bahawa untuk berjaya kita harus menempuh pelbagai ujian dan cubaan..

#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs
#FYAC25M

INSPIRASI DAN PERKONGSIAN ILMU

Alhamdulillah dan terima kasih kepada pihak Pengurusan TIBF memberi peluang utk berkongsi ilmu dan pengalaman Kenapa harus menceburi bidang takaful .
Faktor Utama Yang Harus difikirkan sebelum memulakan perniagaan…
1.Pasaran & JAMINAN
2.Produk
3.Keuntungan
4.Kepuasan
5.Perkembangan Perniagaan
6.Modal
Takaful adalah satu bidang perniagaan.. dan perniagaan adalah satu Sunnah Rasullulah saw .. dan sabda Nabi saw “9/10 pendapatan adalah dari perniagaan” yang penting kita YAKIN dgn hadis ini dan lakukan apa yang telah dirancang..
Adakah perniagaan takaful memenuhi faktor di atas ?
Jom sertai Kami .. Sila Lawati

www.Usrah-associates.com
www.samsenin.com

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#takafulikhlas
#JomSelawat

PERKONGSIAN ILMU | MEMORI 2018

PROSPECTING
Kami berpendapat `prospecting’ ini terbahagi kepada 2 iaitu `prospect’ sebagai `client’ dan `prospect’ sebagai rakan niaga.
Kali ini kami akan berkongsi idea tentang `prospect’ menjadi rakan niaga. Apakah ciri-ciri yang perlu ada ? Antaranya ialah :-
1. Mereka yang terdesak
2. Mempunyai matlamat hidup yang jelas
3. Rajin
4. Sanggup menerima cabaran
Sepertimana kita jumpa `prospect client’ , kita harus mengenalpasti matlamat kewangan mereka dan bagaimana untuk mencapainya. Kenal pasti aliran tunai dan bantu untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan sedikit pendapatan.
Jika Propek anda tidak berminat dengan kerjaya ini , anda tidak perlu bercerita tentang Insentif konvensyen atau pendapatan ribuan ringgit. Anda hanya perlu bercerita tentang kos-kos atau perbelanjaan harian / bulanan. Kita kena timbulkan minat dan kerjaya yang tidak sukar.. Sebagai contoh cuba tanya soalan seperti ini , `Berapa kos diapers anak bongsu anda?’ Kalau ada orang lain bayarkan diapers anak anda untuk 2 tahun , bagus tak?
…. dan sudah pasti anda akan menerima bantahan!!!..
Selamat

mencuba..

Semoga anda semua terus FOCUS dengan kerjaya dan semoga SUKSES DUNIA AKHIRAT..
KEJAYAAN SEDANG MENUNGGU ANDA…
Jom Sertai Kami….