SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN PERUNDING KEWANGAN ISLAM | MEMORI 2016

Sebagai seorang perunding takaful atau Perancang Kewangan hendaklah terus menambah ilmu pengetahuan tanpa jemu , ini adalah bagi memastikan kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan..

Sy ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya boleh tercebur dalam kerjaya ini iaitu kerjaya yg tidak diminati oleh 95% para graduan atau masyarakat yg saya Jumpa ..

Untuk mereka yang tidak berminat menjadi perunding Takaful Ini saya nasihatkan , anda cuba dulu atau beri peluang kepada diri anda .. Saya yakin anda tidak akan menyesal ..

Sy pun seperti anda ..
Ini juga adalah kerjaya yang tidak pernah terlintas di fikirkan saya suatu ketika dulu..

PERKONGSIAN HARI INI.. | MEMORI 2015

Para sahabat Nabi saw ramai yg telah gugur syahid demi menegakkan kalimah tauhid , meraka berjuang dengan harta dan nyawa .. Perjuangan kita adalah hanya sebahagian kecil shj dari perjuangan nabi saw , iaitu membantu menegakkan / menerangkan pentingnya muamalat islam..itu diri sendiri dan sahabat serta Protege @ ahli2 kami di USRAH associates @ ICS @ TIB ikutlah kisah ini sebagai motivasi .. ” *Kita Juga seperti mereka ”
*Saiyidina Jaa’far Bin Abi Talib*
Dalam peperangan Mu’tah, menyaksikan tentera pimpinan Zayd Bin Harithah seramai 3,000 org di dalam kepungan tabrakan 200,000 tentera Romawi, tampak mustahil utk menandingi. Namun, kemenangan berpihak kepada taqwa. Saat panji yg dipegang oleh Zayd Bin Harithah hampir jatuh, tika nyawanya semakin sempit, disahut megah pula oleh sahabat taqwanya iaitu Ja’far Bin Abi Talib. Peperangan yg bersaksikan tangan beliau diserang sehingga putus, disambut pula panji peperangan oleh tangan sebaliknya. Asakan demi asakan oleh lawan yg akhirnya putus kedua2 belah tangannya. Dikepit pula panji tadi sehingga badannya pula ditusuk tombak, lalu gugur darah syahid ke bumi.
Ketika pasukan memberi air tiba di sisi beliau untuk memberi minuman, beliau berkata : _Aku tidak mahu membatalkan puasa ku, bahkan aku ingin berbuka di Syurga_.
*Hebat* masyaAllah ..
Peperangan mereka adalah dengan tombak & pedang , peperangan kita dengan pen dan hujahan ..
Semoga kita semua menjadi syuhada seperti mereka ..

SIJIL DEKAN VS KERJAYA ANDA!! | MEMORI 2017

Khas utk ahli Usrah Associates
Cuba anda ingat kembali bagaimana usaha anda untuk mendapatkan sijil dekan semasa dalam kampus dahulu ?
Sudah pasti anda sanggup buat apa shj kan asalkan impian untuk mendapatkan sijil dekan tercapai .. Antaranya anda:-
1. Tak ponteng kuliah & kelas tutorial
2. Buat assignment dgn teliti dan rujukan yang banyak
3. Study hingga larut malam
4. Buat study group setiap hari
5. Solat hajat
6. Lain-lain
Ini hanya untuk dapatkan Point 3.5 ke atas dan mendapatkan pekerjaan yang belum pasti dgn gaji minima 2,500 sebulan dan kenaikan gaji 250 setahun.
TETAPI kenapa anda tidak melakukan perkara yg sama untuk mendapatkan pendapatan bulanan lebih 5,000 selepas setahun dan kenaikan pendapatan RM500 sebulan..
Susah ke ? Anda cuma perlu melaksanakan program 2P yang telah kami sarankan ..
Utk anda terus relevan dan sukses dalam kerjaya ini anda harus kenalpasti IMPIAN ANDA YANG SEBENAR .. Dan monitor aktiviti harian, mingguan dan bulanan anda ..
Kami percaya anda semua boleh dan mampu melakukan LEBIH BAIK DARI KAMI.. Kerana anda adalah graduan2 first class dan pemegang sijil dekan..

#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs
#FYAC25M