Category: Tip & Panduan
SELAMAT MENEMPUH TAHUN KEWANGAN 2020/2021 & SELAMAT TINGGAL 2019/2020
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang , Segala puji bagi Allah SWT , Tuhan Pentadbir Sekelian Alam , selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad saw , keluarga & sahabat-sahabatnya serta para pejuang Islam..
Tahun kewangan 2019/2020 telah berlalu, Walaupun pelbagai usaha telah dibuat namun pencapaian yang dicapai adalah tidak sepertimana kita harapkan . Ia telah menjadi sejarah.
Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mencapai sasaran dan layak ke konvensyen Pulau Jeju / Umrah / Japan . Begitu juga yang telah berjaya dinaikkan Pangkat ke Penolong Pengurus Agensi atau Penasihat Kewanagan atau Pengurus Agensi. Pangkat adalah amanah yang mesti dilaksankan dengan sempurna.
Yang belum berjaya, jadikan ia sebagai pengajaran dan yuran untuk kejayaan akan datang.
Hari ini kita telah masuk ke tahun kewangan baru 2020/2021. Sudah pasti Ia merupakan tahun yang AMAT mencabar. Kita sedang menghadapai UJIAN yang begitu hebat & NGERI iaitu COVID19 . Kami yakin setiap ujian yang ada MESTI ada rahsia & kebaikkan di dalamnya.
“Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Walaubagaiman pun kita mesti teruskan kerjaya ini kerana kita telah beriktiqad bahawa ini adalah satu perjuangan bagi membantu ummah , mempertahankan agama , bangsa dan negara.
Pada masa yang sama kita kena berusaha & MEMIKIRKAN bagaimana atau kaedah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan perancangan kewangan Islam & takaful dan seterusnya mereka mengambil keputusan menerima cadangan yang kita berikan.
Dalam situasi ini kita harus YAKIN dengan firman Allah SWT ..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muammad : 7)
Untuk BERJAYA dalam apa juga bidang kita jaga hubungan dengan Allah SWT, IbuBapa, keluarga dan sekelian manusia. Ikutilah segala apa yang telah dipelajari , hormatilah guru2 kita, laksanakan apa yang telah kita rancang. Kejayaan sedang menunggu kita dihadapan.
Kita masih memerlukan ramai lagi tenaga utk bersama kita bagi memikul amanah ini.. Ajak la mereka utk meneruskan perjuangan menyambung perjuangan Nabi Muhammad saw ini ..
Rasulullah saw pernah bersabda
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).
Sama-sama kita memperbanyakkan selawat atas Nabi Muhammad saw dan berdoa semoga musibah COVID19 ini segera berakhir dengan baik.
Teruskan usaha dengan sungguh-sungguh dan serahkan segala-galanya pada Allah SWT, insyallah kita semua akan menjadi JUTAWAN YANG ZUHUD dan berjaya dunia & akhirat.
“PROBLEMS are Not Reasons to Give Up…
But, A CHALLENGE to Improve Ourselves…
Not an EXCUSE to Back Out…
But, AN INSPIRSTION to Move FORWARD…
YESS WE CAN DO IT!!
#AllahSayangKita
#NabiSayangKita
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
INSPIRASI HARI INI..
“Gantungkan azam dan IMPIAN setinggi bintang dilangit dan rendah kan hatimu serendah mutiara di lautan.”
Susun semua jadual harian dan pastikan kita laksanakan apa yg telah dirancang.
Yakinlah dengan kerjaya yang ceburi dan terus istiqamah. Insyallah akan cemerlang dunia akhirat.
#JihadBisnes
#UsrahAssociatesPLt
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#JomSelawat
INSPIRASI HARI INI..
INSPIRASI
— sempena musim konvo nie
“Segulung ijazah tidak memastikan masa depan yang cerah.
TETAPI
selangkah tindakan akan mengubah segala-galanya.”
#IlmuBudiBakti
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow