Peringatan Untuk Diri Sendiri 27 September 2021

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI

WAKTU??
Waktu mu adalah umur mu.
Umur mu, adalah modal mu.

Isilah waktu dengan keberqahan. Baik pada malam atau pun pada siang hari dengan kesibukan karana-Nya.
Jangan buang-buang waktu terluang mu seadanya. Tapi, hendaklah menghisab diri mu, mengatur wirid dan ibadah mu.
Jangan biarkan diri mu sia-sia, engkau habiskan waktu mu seperti haiwan melata, engkau tidak tahu apa yang harus dilakukan. Lalu sebahagian besar waktu mu akan berlalu dengan percuma. (Sia-Sia).
Dari itu, engkau boleh sampai pada kenikmatan abadi di sisi Allah swt.
Oleh kerana itu, setiap tarikan nafas mu merupakan permata yang luar biasa yang bernilai kerana tidak ada gantinya.
Jika sudah tiada, ianya tidak akan kembali lagi…
Oleh itu, jangan engkau menjadi orang yang bodoh dan tertipu.
Itu lah, mereka yang berbangga kalau setiap hari hartanya bertambah, sedangkan mereka lupa umurnya sudah banyak berkurangan…
Kebaikan macam apa yang ada disebalik bertambahnya harta dan berkurangnya umur?
Janganlah engkau bahagia, kecuali dengan bertambahnya ilmu atau amalan soleh mu…
Sebab, hanya keduanya yang bakal mengikuti mu ke-alam kubur mu nanti….
Sementara keluarga mu, harta mu, anak-anak mu dan teman-teman mu, semuanya akan meninggalkan mu….
Catatan kecil Imam Al-Ghazali

Kredit kepada Tn Hj Jamal

Apa Itu SMART? – Memori 24 September 2017

SMART..
Sempena lawatan kerja ke UUM sempat membuat sesi perkongsian pengalaman kepada pelajar-pelajar Pengurusan Perniagaan . Antara faktor utama untuk suskes di dalam bidang yang kita ceburi atau kerjaya, kita mesti memiliki  SMART …
S- Specific
M-Measurable
A – Attainable
R – Realistic
T – Time frame
Tqvm dr Syahadah Abdullah dan UUM..

#IlmuBudiBakti
#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs
#FYAC25M

Tazkirah 21 September 2021

TAZKIRAH HARI INI
Selasa | 21 September 2021 | 8.30am
5 Hal yang penting dalam kehidupan
****************************
Oleh Nor Aqidah Mamat
1) Ketika kamu sedang sendiri, jagalah fikiranmu
2) Ketika kamu sedang bersama temanmu, jagalah lidahmu
3) Ketika kamu sedang marah dan dalam masalah, jagalah emosimu
4) Ketika kamu sedang di dalam kelompok, jagalah tingkah lakumu
5) Ketika Allah swt sedang memberikan berkah padamu, jagalah egomu