Rajah Maklumat Syariah 5 September 2021

Melihat kepada 6 syarikat tidak patuh Syariah di Bursa Malaysia dan pemilikan saham terbesarnya, terdapat dua syarikat insuran yang nampaknya menjadi pelabur tegar mereka iaitu …lihat gambar rajah dia atas.

Justeru, bagi mana-mana ejen Insuran beragama Islam, diharap dapat memahami tahap serius yang berlapis-lapis ini. Insuran konvensional itu sendiri diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga tidak boleh diiktiraf pampasan yang diterima darinya, demikian fatwanya. Namun tahap pengharaman menjadi lebih kuat lagi apabila ia menyokong kuat aktiviti judi, arak dan rokok di dalam negara.

Perlu difahami, ini TIDAK meliputi syarikat TAKAFUL di bawah syarikat induk terbabit kerana ia adalah dua entiti berbeza dan diurus secara berasingan dan ‘risk fund’ Takaful juga dipantau oleh penasihat Shariah bagi Takaful terbabit. Takaful dan insuran dua produk yang berbeza.
Namun kerana itu, ejen Takaful adalah DILARANG menjual kedua-dua produk Insuran dan Takaful tersebut secara sekaligus, mesti hanya Takaful sahaja.

Majlis fatwa juga dengan jelas mengharamkan mana-mana orang Islam mempromosikan insuran konvensional.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sertai Telegram Group saya di
https://t.me/DrZaharuddinGroup

Inspirasi Dari PKP

Cuba kita renung betul-betul , apa yang kita boleh ambil iktibar dari PKP ini..

Ustaz cakap… PKP ini ibarat kita akan meninggalkan dunia untuk menuju ke alam lain di akhirat… PKP adalah persediaan kita semua untuk meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kegembiraan dunia yang sementara ini ..

  • Ada kereta banyak tak boleh nak gerak jauh.
  • Ada duit banyak tak boleh pergi belanja bermewah mewah
  • Berjumpa tak boleh bersalam
  • Kita senyum tapi tak nampak kerana ditutup dengan mask
  • Ada keluarga yang kita tinggalkan sebab tidak boleh ziarah
  • Ada keluarga yang masuk hospital pun tak dibenarkan ziarah
  • Ada kematian pun tak boleh melawat melintas daerah mahu pun negeri

Ini gambaran kecil untuk kita tinggalkan dunia secara sedikit demi sedikit
Apa yang kita sayang semuanya kita akan tinggalkan, harta kita tinggalkan, Pasangan yang cantik/handsome akan ditinggalkan..
Jadi , Apa yang kita bawa ??
Yang kita akan kita bawa adalah:-

  • Sedekah jariah
  • Amalan
  • Doa Anak yang soleh / solehah

Mari kita sama-sama muhasabah diri dan istiqomah dalam kebaikan
Bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah dan amalkan dalam hidup dengan sifat mahmudah.
Mari kita sama-sama ajak kaum keluarga, sahabat dan kenalan untuk sama-sama memperbanyakkan Selawat Nabi SAW..
Insyallah dengan keberkatan selawat ini, kita akan mendapat syafaat Nabi SAw dan semoga kita berjaya dunia & akhirat

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat