Perkongsian Ilmu 2 Disember

Di mana nak cari prospek? Adakah sukar untuk mencari prospek ?
Sumber utama `prospect’ ini dibahagikan kepada 3 iaitu :-

a.‘Natural Market ‘
Mereka ini terdiri dari kami keluarga atau kenalan rapat dan mereka yang meyokong kerjaya ini. Cuba anda membuat mind-mapping berdasarkan maklumat berikut :-
• Adik Beradik / Ipar
• Sepupu sebelah Ayah
• Sepupu Sebelah Ibu
• Jiran-jiran / Taman / Kampung
• Kawan Sekolah
• Kawan Matrikulasi / Diploma / Ijazah / Master
• Kawan Sekerja
• Kawan Usrah / Kelas Agama

b. ‘Un-Natural Market’
Senarai ‘contact’ yang ada di dalam handphone kita. Kini , ia bertambah mudah kerana adanya `Group whatapps’ , ‘Facebook’ dan sebagainya.
• Kawan Adik beradik
• Kawan Ibu / Bapa
• Kawan kenalan Kita
• Questionaire

c.‘Existing Client’
Pelanggan sedia ada atau rujukan dari pelanggan kita merupakan sumber yang paling baik.
Setelah anda mengenalpasti semua sumber ini, luangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk memindahkan semua `prospek’ ini ke dalam nota atau buku senarai ‘prospek’ anda.
Daripada senarai ini anda perlu membuat pemilihan samada ‘prosepk’ anda memenuhi krateria yang ditetapkan. Pemilihan ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi emosi anda.
Apa tindakan anda seterusnya? .. Hubungi mereka.. YA anda kena hubungi mereka untuk membuat temujanji..

JOM … Bermula hari ini, saat ini kita terus memperbanyakakan Selawat Nabi SAW.. Allahumma Sollilahu A’la Saiyyidina Muhammad.

Perkongsian Ilmu 1 Disember

PROSPECTING – MENCARI BAKAL PELANGGAN
Prospecting merupakan MODAL utama dalam perniagaan takaful. Kajian LIMRA menunjukkan bahawa 90% agen insuran gagal disebabkan mereka tidak mempunyai prospek yang cukup.
Jadi bagaimana hendak mencari prospek?, Siapa prospek kita?
Prospek takaful adalah mereka yang mempunyai kelayakkan seperti berikut :
B-Boleh ditakafulkan ( Sihat tubuh badan )
A-Ada keperluan
S-Senang didekati
A-Ada Kemampuan / Ada duit
M-Mampu membuat keputusan.

7 PETUA UNTUK MENCARI PROSPECT

1. Luangkan masa sejam sehari untuk mencari prospek.
Disiplinkan diri anda untuk memastikan masa ini tidak terganggu dan ia merupakan satu keutamaan
2. Buat Seberapa banyak panggilan yang mungkin
Lebih banyak panggilan yang dibuat, lebih tinggi peluang anda menukarkan prospek menjadi pelanggan.
3. Membuat Panggilan Ringkas
Jangan cuba membuat jualan kepada pelanggan menerusii telefon. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan temu janji. Membuat closing semasa temujanji
4. Sediakan senarai pendek ( short list ) nama untuk dihubungi
Ini membolehkan anda meluangkan masa untuk membuat panggilan, bukannya mencari nama.
Saling bertukar nama prospek dengan profesional lain dan simpan bekalan nama selama sebulan pada setiap masa untuk memudahkan proses.
5. Elakkan diri dari diganggu
Elakkan diri dari menerima panggilan atau menghadiri mesyuarat semasa anda mencari prospek. Seperti sebarang kegiatan lain, lebih lama anda mengulangi kegiatan tersebut pada masa yang tertentu, Iebih baik prestasi anda didalam tugas tersebut.
6. Pemilihan Masa Membuat Panggilan
Jika anda mendapati usaha mencari prospek pada waktu biasa tidak berkesan, pertimbangkan untuk membuat panggilan di luar waktu puncak.
Tentukan bila prospek anda senang dan panggil pada masa yang sesuai. Jangan buang masa apabima anda tahu mereka tidak kelapangan.
7. Lakukan kerja dengan teratur
Buat nota terperinci simpan dalam sistem hubungan berkomputer. Kemas kini maklumat dengan kerap, buat jadual yang sesuai dan tetapkan masa susulan dan simpan maklumat hubungan. Cth Open Case Report
Jangan berputus asa

Usaha berterusan ialah kunci kepada kejayaan dalam bidang jualan. Prospek akan melihat kesungguhan dan mengagumi usaha gigih anda dan anda pula akan berjaya mendapatkan temu janji yang anda kehendaki.
Mencari pelanggan baru tidak semestinya sukar, cuba 7 petua ringkas kini, catatkan kejayaan anda sendiri dan lihat jualan anda akan meningkat.
Teruskan usaha..
JOM … Bermula hari ini, saat ini kita terur memperbanyakakan Selawat Nabi SAW.. Allahumma Sollilahu a’la saiyyidina muhammad.

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Generasi muda dan graduan hari ini digesa merebut peluang menceburi bidang kerjaya sebagai perunding takaful kerana ia menjanjikan prospek kerjaya yang stabil dan potensi meraih lumayan yang tinggi.

Pengurus Agensi Kumpulan Usrah Associates, agensi berdaftar Takaful Ikhlas Family Bhd, Samian Senin berkata kerjaya sebagai perunding takaful kini tidak lagi dipandang rendah kerana mampu menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan iaitu lebih tinggi daripada tawaran gaji kerjaya profesional lain.

Beliau berkata walaupun industri takaful ketika ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun orang ramai mula sedar akan keperluan dan kepentingan takaful menjadikannya permintaan semakin bertambah dari hari ke hari.

Sustainable Brands KL 2019
Ditaja oleh Sustainable Brands
“Persaingan (industri takaful) tetap ada dan mencabar, namun ada kelompongan lain yang boleh diisi iaitu orang ramai mula faham peranan dan manfaat polisi takaful seperti memberi perlindungan kewangan saat kritikal seperti sakit, rawatan hospital selain perlindungan kepada aset,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.
Samian adalah antara ejen-ejen cemerlang Takaful Ikhlas yang menerima ‘Anugerah Mega Agensi’ (AMA) kali kelima tahun ini, iaitu anugerah tertinggi yang diberikan oleh Takaful Ikhlas kepada ketua agensi yang berjaya mengumpul jumlah caruman berkumpulan tahun pertama terkumpul melebihi RM 3 juta setahun.

Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah lain sepanjang bersama Takaful Ikhlas antaranya Anugerah Penghasilan Teratas Kategori Pengurus Agensi Kumpulan (Anugerah Takaful Keluarga), Anugerah Penghasilan Unit Langsung Teratas dan Anugerah Million Ringgit Agency (MRA).
Berkongsi rahsia menjadi perunding takaful yang berjaya, Samian yang telah bersama Takaful Ikhlas selama 16 tahun berkata beliau sentiasa komited dan berani mengambil risiko dalam setiap apa cabaran yang dihadapinya.

“Takaful ini juga adalah salah satu cabang perniagaan jadi saya tidak lari dari faktor jatuh bangun. Saya pernah kehilangan ramai perunding terlatih di bawah agensi saya yang telah dipancing pihak luar. Bagaimanapun, saya teruskan juga dan percaya kepada rezeki,” katanya.
Mengulas lanjut, Samian yang juga bekas pegawai bank berkata graduan yang berminat dengan dunia perniagaan takaful tidak perlu takut sekiranya mereka tidak ada ilmu tentang kerjaya itu kerana mereka akan dilatih sehingga menjadi perunding takaful yang profesional dan beretika.
Malah katanya perniagaan takaful dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia bagi memastikan perniagaan yang dijalankan secara berhemat tanpa menjejaskan kepentingan peserta dan industri.

“Mereka perlu menghadiri kursus latihan bagi mempelajari skil selain juga perlu mengikuti Continuing Professional Development (CPD) bagi meningkatkan pengetahuan semasa dan kompentesi bagi menjadi perunding takaful yang profesional,” katanya.

PERKONGSIAN HARI INI..

Utk berjaya dlm kerjaya kita kena selalu ingat kepada org2 yg pernah berjasa ..

Terima kasih kepada Kartini & Partners yg sudi ziarah kami .. Peguam terbaikyg banyak membantu ketika berada di zaman kejatuhan Perniagaan suatu ketika dulu .. Jika anda perlukan khidmat peguam yg terbaik sila hubungi kami ..

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

“Doa Di Akhir Ramadhan”

‎ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang).

Ya Allah Ya Tuhan kami! Kami bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosa kami , Ampunilah kesalahan-kesalahank kami, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.

Berikanlah kami kemenangan ke atas kelemahan diri kami ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.

Terimalah doa-doa kami, ibadah kami dan amalan-amalan baik kami.
Ya Allah berkatilah kami dengan menyaksikan lailatul Qadr.

Tunjukkanlah kami ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu Ya Allah ..
Bantulah kami dalam mendapatkan khushu’ dan ikhlas dalam melaksanakan ibadah kami.
Bantulah kami untuk lebih mendekatkan diri kami kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.

Jadikan kami hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.

Tingkatkanlah tahap keimanan kami , tawakkal kami dan keyakinan kami kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepada kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.

Berikan kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepada kami kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.

Jadikanlah Al-Quran sebagai teman kami di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhir kami, jauhilah kami daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid’ah (besar / kecil).

Golongkanlah kami dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat.

Jadikanlah kami hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diri kami. Selamatkanlah kami daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.

Berkatilah kami dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi kami daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah kami dengan keupayaan kami untuk melakukan Tazkiyah jiwa kami sepanjang perjalanan hidup kami.

Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hati kami. Pelawalah kami ke rumahMu untuk kami menyembahMu.

Ya Rabb, berikanlah kepada kami pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan kami suka dan gembira untuk bertemu denganMu.

Jadikan kubur kami & alam barzakh sebagai tempat kediaman kami yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepada kami pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.

Berikan catatan amalan kami dari tangan kanan dan beratkan timbangan kami dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepada kami nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.

Permudahkan kami untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah kami Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.

Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara kami dan pasangan kami selama-lamanya.


Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuan kami antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasangan kami dengan ganjaran yang terbaikuntuk dia dalam berusaha untuk keluarga kami.

Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada kami dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan kami demi agamaMu. Jadikanlah kami tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.

Ya Allah, bantulah kami dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak kami.

Peliharalah anak-anak kami supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan kami yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah kami dengan anak-anak yang soleh.

Jadikanlah anak-anak kami sebagai penyejuk mata kami dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagi kami & pasangan kami. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.

Lindungilah diri kami daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anak kami daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.

Berikanlah kejayaan kepada anak-anak kami dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah kami dan keturunan kami agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunan kami di Jannah al Firdaus.

Ya Allah Ya Rahman,

Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu; hafiz Al-Quran, daie, imam, ulama dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.

Ya Allah selamatkanlah kami & seluruh keluarga kami dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
Ya Allah, Ya Gaffaar. Ampunilah kedua ibu bapa kami.

Ganjarilah mereka dengan ganjaran yang paling besar di dunia ini & akhirat.
Tingkatkanlah kedudukan mereka di sisiMu dan berikanlah kepada mereka Jannah al Firdaus. Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradik kami di dunia ini & akhirat.

Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.

Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada mereka di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.

Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas. Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.

Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami.

Satukanlah hati mereka yang sedang menjalani dan menguruskan rumahtangga dan limpahkanlah kebahagiaan dan ketenangan dalam perkahwinan mereka, permudahkanlah urusan mereka yang sedang berada dalam kesukaran urusan perkahwinan.

Kau sembuhkanlah penyakit kepada mereka yang sedang sakit, sesungguhnya Kau Maha Menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Ya Allah Ya Qawiyy, Kau lindungilah saudara-saudara kami di seluruh negara; Palestin, Syria, Nepal, Rohingya, Iraq, Iran, Malaysia dan di mana-mana jua daripada penganiayaan, rogol, pembunuhan, penghinaan.

Kau legakanlah penderitaan mereka dan tingkatkan darjat mereka di sisiMu. Kau hancurkanlah mereka yang zalim, kejam dan penindas ke atas saudara-saudara kami.

Kau cukupkanlah mereka yang serba kekurangan, Kau ringankanlah beban bagi mereka yang tertindas dan Kau bebaskanlah mereka daripada hutang.

Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.

Aamiin ya Rabb Al’alamiin.