JANGAN AMBIL MUDAH SOAL MELUNASKAN HUTANG!

1. Kita hari ini hidup di zaman yang sukar bagi kita melepaskan diri dari meminjam atau berhutang, baik untuk tujuan pendidikan, perniagaan atau keperluan hidup.

2. Semata meminjam atau berhutang (selagi berasaskan prinsip Islamik) bukan suatu yang negatif dan tidak menjadi kesalahan sekiranya ia dilakukan demi membawa elemen positif dalam urusan dan kehidupan.
Hutang menjadi negatif apabila ia menjadi tabiat dalam melayan kehendak hidup di luar kemampuan.
Justeru Nabi SAW ketika berdoa memohon perlindungan, baginda menyebut “غَلَبَة الدَّيْن” iaitu kalimah “ghalabah” di situ bermaksud bebanan hutang yang sukar atau tidak mampu dilunaskan.

3. Ramai dari kalangan masyarakat kita yang masih mengambil mudah soal melunaskan hutang seakan lupa akan sabda Nabi SAW:
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ مَا كَانَ عَلَيْهِ دَيْنٌ
“Jiwa seorang mukmin itu terkandas selagi masih mempunyai hutang (yang belum dilunaskan)” [riwayat Ahmad].
Bahkan pejuang yang mati syahid juga walau seluruh dosanya diampunkan, tetap tidak akan terlepas atau tidak diampunkan hutangnya yang masih tidak terlunas [riwayat Muslim].

4. Mengapa begitu besar ancaman Allah terhadap penghutang yang tidak melunaskan hutangnya?

Pertama: 
Kerana ia merupakan hak orang lain yang kita ambil, sekiranya tidak dipulangkan maka kita telah memakan hartanya secara batil sedangkan Allah telah berfirman:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَڪُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian makan harta sesame kalian secara salah!” [al-Nisa: 29].

Kedua:
Kerana orang yang terbeban dengan hutang akan mula berdusta dan memungkiri janji demi mendapatkan wang atau mengelakkan diri dari membayar, sebagaimana dalam hadis ‘Aisyah RA, bahawa beliau melihat Nabi SAW banyak berdoa pada Allah memohon perlindungan dari (terlilit dengan) hutang.
Lalu ‘Aisyah bertanya: “Kenapa aku lihat kamu banyak berdoa memohon perlindungan dari (terlilit dengan) hutang?”.
Jawab baginda: “Kerana orang yang berhutang itu apabila bercakap dia akan sering berdusta, dan apabila berjanji dia mudah memungkiri” [riwayat Abu Ya’la].

5. Antara ancaman buat mereka yang mengambil mudah soal melangsaikan hutang:

a) TERHALANG DARI MEMASUKI SYURGA.

Dalam sebuah hadis ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya di masjid, lalu ada jenazah yang dibawa untuk disolatkan. 
Tiba-tiba Rasulullah SAW mengangkat pandangannya melihat ke langit seketika, kemudian tunduk dan meletakkan tangannya di dahi seraya mengucapkan: “Subhanallah, subhanallah! Apa urusan berat yang telah menimpa!” sehingga membuat para sahabat terdiam tidak berani bertanya sehari semalam.
Pagi keesokannya, salah seorang sahabat bertanya baginda: “Wahai Rasulullah, apa urusan berat yang telah menimpa (yang kamu sebut-sebut semalam)?”.
Jawab baginda: “Tentang hutang”.
Lalu baginda menyambung lagi: “Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, seandainya seseorang itu mati (syahid) di jalan Allah, kemudian dihidupkan kembali, kemudian mati (syahid) di jalan Allah lagi, kemudian dihidupkan kembali, sedangkan dia masih dalam keadaan berhutang, dia tidak akan masuk syurga selagi tidak dilunaskan hutangnya!” [riwayat Ahmad].

b) NABI SAW TIDAK SOLATKAN JENAZAH PENGHUTANG.

Ketika salah seorang sahabat Nabi SAW meninggal dan telah disiapkan untuk disolatkan jenazahnya dengan diimamkan baginda, baginda bertanya: “Adakah dia mempunyai hutang?”.
Jawab para sahabat: “Ya, dia ada berhutang 2 dinar”.
Lalu baginda berundur dan menyuruh para sahabatnya sahaja yang menyolatkan jenazah tersebut.
Kemudian Abu Qatadah RA berkata: “Aku akan langsaikan hutangnya wahai Rasulullah”.
Maka baginda pun menyolatkan jenazah tersebut [riwayat al-Bukhari].
Kisah ini yang hanya berstatus hutang 2 dinar sudah cukup membuatkan Nabi SAW mengambilnya secara sangat serius! 
Terdapat beberapa lagi kisah seumpama ini yang menunjukkan betapa baginda sangat menekankan soal melunaskan hutang.

6. Nasihat saya di akhir Ramadan ini:

? Jangan hanya mengejar untuk melunaskan hak Allah dalam keadaan hak manusia lain diabaikan.
Hak Allah masih dalam ruang lingkup rahmat-Nya yang Maha Luas, sedangkan hak manusia tidak akan terlunas selagi tidak dilangsaikan.
Jangan lupa rahmat manusia itu maha sempit, tidak mudah memaafkan dan tidak mudah membebaskan penghutang dari belenggu hutangnya!

? Jangan ambil mudah atau melengahkan urusan perlunasan hutang, kerana suatu yang sangat zalim seandainya perlengahan hutang tersebut memberi implikasi negatif terhadap pemiutang dan pihak lain yang memerlukan pinjaman tersebut.
Sabda Nabi SAW:
مَطْلُ الغَنِيِّ ظُلْم
“Penangguhan dengan sengaja oleh penghutang adalah suatu kezaliman!” [Riwayat al-Bukhari & Muslim].

? “Kosong-kosong” hari raya bukan bermakna “kosong-kosong” hutang!

-Dr. Kamilin Jamilin-

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…
Yaa ALLAH kami mohon kepada Mu keselamatan dunia dan akhirat serta keluarga kami, berilah kami limpah dan kurnia Mu, berkatkan umur kami, murah kan lah rezeki kami dan berikan kami kesihatan yang terbaik. Peliharalah kedua ibu bapa kami.

Yaa ALLAH yaa Tuhan kami, tutupkan keaiban kami dan keluarga kami, jauhkan kami dari segala mara bahaya dan bencana. Cemerlangkan pekerjaan kami dan cemerlangkan pelajaran anak-anak kami.

Yaa ALLAH, ampunkan dosa kami, terimalah taubat dan terimalah amal kebajikan kami dan jadikan lah pekerjaan kami sebagai satu ibadah. Hidupkan kami dalam Islam dan matikan kami dalam Islam yang beriman serta bertakwa kepada Mu dengan menyebut kalimah akhir “Laillahailallah Muhammadul Rasulullah”. Lepaskan kami seksa kubur dan seksa api neraka dan masukkan kami dalam syurga firdaus Mu.

Sesungguhnya tiada ada tempat kami ingin mengadu selain kepada MU. Kau la Maha Agung lagi Maha Penyayang.

Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

Siapa guru anda dalam kerjaya yang anda ceburi sekarang ?

Antara guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan sehingga kini sy masih amalkan apa yang diajar ialah :-

1. Arwah Tn. Hj. Abdullah Othman – Pegawai Bank.

Antara sy pelajari adalah bagaimana atau kaedah membuat `marketing’ produk-produk bank.

2. Tn. Hj. Takudin Abdullah – Pengurus Bank

Bagaimana untuk menjadi seorang Pengurus yang baik & berkesan.

3. Tn. Hj. Najib Milatu – Pengurus Agensi

`Method Presentation’ – Analisa keperluan pelanggan sebelum memberi cadangan produk yang perlu di ambil ..

Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah dan sedang mencurahkan ilmu , samada ilmu dalam Perancangan Kewangan / Takaful , atau tentang kehidupan.

Semoga semua guru-guru kami sentiasa diberi kesejahteraan, kesihatan yang baik, rezeki yang luas, dipermudahkan segala urusan dan tercapai segala hajat & maksud serta berjaya di dunia & akhirat.
Al-fatihah kepada semua guru-guru yang telah meninggal dunia dan semoga Allah swt memberi kehidupan yang lebih baik di alam Barzah.

“Tanah sekepal jadikan gunung , air setitik jadikan lautan dan alam terbentang jadikanlah sebagai guru “

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

SELAMAT HARI GURU…

Selamat hari guru khasnya untuk guru pertama dan bapaku
Ibu , Nenek , Sheikh M. Firdaus dan semua guru-guru yang pernah medidik kami ..

Wahai guru-guru kami..
Dalam ajaran mu ada harapan,
dalam teguran mu ada doa,
dalam marah mu ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangan mu juga kami terbina.
Berbahagialah kerana menjadi guru kami

Sebagai leader , kita juga seperti seorang guru ..
Adakala kita di benci, di caci , dimusuhi, tidak dihargai.
tapi …
kita kan tetap tersenyum … walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah … biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar … 
meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.

Untuk guru-guru kami yang telah meninggal dunia, kami hadiahkan Al-Fatihah dan kami doakan semoga semua ditempatkan bersama hambaNya yg soleh/solehah..

#thegoldenyear
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_man

PERKONGSIAN HARI INI ..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui

Ya Allah, bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha, dalam beribadah dan beramal; semangat hidup kami hari ini dan hari-hari selanjutnya …

Ya Allah, jaminlah keselamatan, kesehatan, keamanan, kedamaian, ketentraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki Mu untuk kami hari ini dan hari-hari selanjutnyaYa Allah, ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik saja bagi kami hari ini dan hari-hari selanjutnya..

Ya Allah, perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian², berita² dan pengalaman² yang menggembirakan dan menyenangkan saja kepada kami hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa² kami, wujudkanlah harapan² kami, 
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
#JalanTerusBosskur