Alhamdulillah, Kami telah berjaya menerbitkan buku perjalanan kerjaya dari -ve hingga keadaan sekarang. Terima kasih tidak terhingga kepada Tn Hj Jamal mantan CEO KFC yang sama2 menyiapkan buku yang amat bermakna ini. Buku ini khas kepada mereka yang ingin :-
Memulakan perniagaan
Tengah jatuh dlm perniagaan
Perunding Kewangan / Takaful
Mereka yang telah mempunyai takaful
Mereka yang ingin menyertai plan takaful
Mereka yang ingin Suskes dlm perniagaan
Jika anda ingin memiliki buku ini sila hubungi kami. Email: ua.melaka@gmail.com Atau Whatsapp ke 017-7379900
Antara rahsia kejayaan mereka ialah :- Jadi orang yang BEST Apa itu best – B- Bahagia ( jiwa besar / mudah memaafkan org) E – Emosi yang stabil ( tak bole tunjuk kita marah) / boleh selesaikan masalah S – Sikap yang baik ( Attitude yg positif ) T – Tindakan yang luar biasa Terima kasih Dato’ Dr. Ramly , Puan Rena dan Cik Juan serta Dr. Syahadah Syahrir , Puan Nurul & team.. You all memang best.. Semoga semua menjadi jutawan yang beriman..
Di mana nak cari prospek? Adakah sukar untuk mencari prospek ? Sumber utama `prospect’ ini dibahagikan kepada 3 iaitu :-
a.‘Natural Market ‘
Mereka ini terdiri dari kami keluarga atau kenalan rapat dan mereka yang meyokong kerjaya ini. Cuba anda membuat mind-mapping berdasarkan maklumat berikut :-
• Adik Beradik / Ipar
• Sepupu sebelah Ayah
• Sepupu Sebelah Ibu
• Jiran-jiran / Taman / Kampung
• Kawan Sekolah
• Kawan Matrikulasi / Diploma / Ijazah / Master
• Kawan Sekerja
• Kawan Usrah / Kelas Agama
b. ‘Un-Natural Market’ Senarai ‘contact’ yang ada di dalam handphone kita. Kini , ia bertambah mudah kerana adanya `Group whatapps’ , ‘Facebook’ dan sebagainya. • Kawan Adik beradik • Kawan Ibu / Bapa • Kawan kenalan Kita • Questionaire
c.‘Existing Client’ Pelanggan sedia ada atau rujukan dari pelanggan kita merupakan sumber yang paling baik. Setelah anda mengenalpasti semua sumber ini, luangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk memindahkan semua `prospek’ ini ke dalam nota atau buku senarai ‘prospek’ anda. Daripada senarai ini anda perlu membuat pemilihan samada ‘prosepk’ anda memenuhi krateria yang ditetapkan. Pemilihan ini amat penting kerana ia akan mempengaruhi emosi anda. Apa tindakan anda seterusnya? .. Hubungi mereka.. YA anda kena hubungi mereka untuk membuat temujanji..
JOM … Bermula hari ini, saat ini kita terus memperbanyakakan Selawat Nabi SAW.. Allahumma Sollilahu A’la Saiyyidina Muhammad.
PROSPECTING – MENCARI BAKAL PELANGGAN Prospecting merupakan MODAL utama dalam perniagaan takaful. Kajian LIMRA menunjukkan bahawa 90% agen insuran gagal disebabkan mereka tidak mempunyai prospek yang cukup. Jadi bagaimana hendak mencari prospek?, Siapa prospek kita? Prospek takaful adalah mereka yang mempunyai kelayakkan seperti berikut : B-Boleh ditakafulkan ( Sihat tubuh badan ) A-Ada keperluan S-Senang didekati A-Ada Kemampuan / Ada duit M-Mampu membuat keputusan.
7 PETUA UNTUK MENCARI PROSPECT
1. Luangkan masa sejam sehari untuk mencari prospek. Disiplinkan diri anda untuk memastikan masa ini tidak terganggu dan ia merupakan satu keutamaan 2. Buat Seberapa banyak panggilan yang mungkin Lebih banyak panggilan yang dibuat, lebih tinggi peluang anda menukarkan prospek menjadi pelanggan. 3. Membuat Panggilan Ringkas Jangan cuba membuat jualan kepada pelanggan menerusii telefon. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan temu janji. Membuat closing semasa temujanji 4. Sediakan senarai pendek ( short list ) nama untuk dihubungi Ini membolehkan anda meluangkan masa untuk membuat panggilan, bukannya mencari nama. Saling bertukar nama prospek dengan profesional lain dan simpan bekalan nama selama sebulan pada setiap masa untuk memudahkan proses. 5. Elakkan diri dari diganggu Elakkan diri dari menerima panggilan atau menghadiri mesyuarat semasa anda mencari prospek. Seperti sebarang kegiatan lain, lebih lama anda mengulangi kegiatan tersebut pada masa yang tertentu, Iebih baik prestasi anda didalam tugas tersebut. 6. Pemilihan Masa Membuat Panggilan Jika anda mendapati usaha mencari prospek pada waktu biasa tidak berkesan, pertimbangkan untuk membuat panggilan di luar waktu puncak. Tentukan bila prospek anda senang dan panggil pada masa yang sesuai. Jangan buang masa apabima anda tahu mereka tidak kelapangan. 7. Lakukan kerja dengan teratur Buat nota terperinci simpan dalam sistem hubungan berkomputer. Kemas kini maklumat dengan kerap, buat jadual yang sesuai dan tetapkan masa susulan dan simpan maklumat hubungan. Cth Open Case Report Jangan berputus asa
Usaha berterusan ialah kunci kepada kejayaan dalam bidang jualan. Prospek akan melihat kesungguhan dan mengagumi usaha gigih anda dan anda pula akan berjaya mendapatkan temu janji yang anda kehendaki. Mencari pelanggan baru tidak semestinya sukar, cuba 7 petua ringkas kini, catatkan kejayaan anda sendiri dan lihat jualan anda akan meningkat. Teruskan usaha.. JOM … Bermula hari ini, saat ini kita terur memperbanyakakan Selawat Nabi SAW.. Allahumma Sollilahu a’la saiyyidina muhammad.