TOP INTRODUCER
Month: January 2021
INSPIRASI HARI INI. Kisah Dari Negara Turki
Sedikit sejarah yang tak patut kita lupakan.
Baca Kisah Ajaib Seorang Yg Kematiannya Ditangguhkan ALLAH Akhirnya Dikurniakan Mati Syahid.
Adnan Manderes – Bekas Perdana Menteri Turki Yang Diselamatkan Dari Nahas Kapal Terbang, Berjanji Mengembalikan Islam Di Turki, Tetapi Mati Di Tali Gantung.
Tahukah Anda, Adnan Menderes adalah PM Turki yang Syahid di Tali Gantung.
Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.
Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu enjin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya.. Allahu a’lam.
Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, di mana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:
- Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
- Ibadah haji diizinkan
- Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
- Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.
Hasilnya parti Attaturk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 kerusi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Perlantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid dan dibolehkan memakmurkan masjid.
Pada pilihanraya 1954, parti Attaturk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 kerusi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru al-Qur’an.
Menderes juga mengizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz al-Qur’an.
Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang ‘Made in Israel’. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attaturk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes.
Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, “Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahan militer tentera Turki.”
Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang dikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan dan generasi terbaik Turki saat ini.
Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya ‘Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.’ Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi.
*cNp
Inspirasi Hari Ini
Untuk Suskes didalam apa jua bidang perniagaan yang kita ceburi pasti ia memerlukan komitmen , kesungguhan dan keyakinan yang tinggi serta melakukan segala aktiviti yang dirancang dengan istiqamah..
“Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyertainya.
Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah di jalannya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai yang tertarik padanya.
TAPI hakikat perjuangan bukan begitu. Turun-naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga.”
Tahniah Team UA plt yang tidak pernah jemu dengan segala tugasan , bak kata Sahabat kami Tn Hj Isa Sabitan “Lambat lambat laun akan berjaya juga”
Alhamdulillah berkesempatan berjumpa guru-guru & Sifu takaful Tn Hj Isa & Tn Hj Ahmad Razali…
Usia bukan penghalang dalam PERJUANGAN..
MULAKAN KERJAYA BARU ANDA ??
MULAKAN KERJAYA BARU ANDA ??
Jika anda seorang yang berimpian besar ????
Jika anda merasakan pendapatan sekarang adalah terhad ??
Jika anda seorang kaki Travel ??
Jika anda bercita – cita menjadi seorang usahawan namun tiada modal yang cukup ??Anda adalah mereka yang kami cari??
Kami memberi peluang kepada mereka yang belum mempunyai kerjaya atau baru kehilangan pekerjaan.
Jangan risau bagi yang tiada pengalaman kerana latihan, coaching & motivasi berterusan disediakan bagi membantu anda mencapai impian.
Apa yg bakal anda perolehi dengan sertai kami ???
Pendapatan sehingga 5 angka ????
Menunaikan Umrah setiap tahun ??
Melancong ke Luar Negara lebih dari 1 kali setiap tahun ???
Anugerah bulanan ????
INSPIRASI TAHUN 2021
Salam jumaat dan selamat menyambut tahun baru 2021..
Apa yang berlaku pada 2020 sama-sama kita jadikan iktibar dan pengalaman untuk kita terus berjaya didalam kerjaya ..
Tingkatkan kekuatan diri , rohani & jasmani untuk menghadapi cabaran dan ujian yang lebih mencabar di tahun 2021 …
Teruskan usaha tanpa jemu untuk mencapai BIG WHY yang ditetapkan dan semoga kita sama-sama berjaya dunia & akhirat..
Jom sertai kami dan sama-sama capai BIG WHY anda..
www.samsenin.com