Setiap kejayaan pasti dimulakan dengan pengorbanan dan kesukaran .. Anda yakin dengan perniagaan yg dipilih ? TERUSKAN.. Kejayaan sedang menunggu anda ..
Cuba kita renung betul-betul , apa yang kita boleh ambil iktibar dari PKP ini..
Ustaz cakap… PKP ini ibarat kita akan meninggalkan dunia untuk menuju ke alam lain di akhirat… PKP adalah persediaan kita semua untuk meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kegembiraan dunia yang sementara ini ..
Ada kereta banyak tak boleh nak gerak jauh.
Ada duit banyak tak boleh pergi belanja bermewah mewah
Berjumpa tak boleh bersalam
Kita senyum tapi tak nampak kerana ditutup dengan mask
Ada keluarga yang kita tinggalkan sebab tidak boleh ziarah
Ada keluarga yang masuk hospital pun tak dibenarkan ziarah
Ada kematian pun tak boleh melawat melintas daerah mahu pun negeri
Ini gambaran kecil untuk kita tinggalkan dunia secara sedikit demi sedikit Apa yang kita sayang semuanya kita akan tinggalkan, harta kita tinggalkan, Pasangan yang cantik/handsome akan ditinggalkan.. Jadi , Apa yang kita bawa ?? Yang kita akan kita bawa adalah:-
Sedekah jariah
Amalan
Doa Anak yang soleh / solehah
Mari kita sama-sama muhasabah diri dan istiqomah dalam kebaikan Bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah dan amalkan dalam hidup dengan sifat mahmudah. Mari kita sama-sama ajak kaum keluarga, sahabat dan kenalan untuk sama-sama memperbanyakkan Selawat Nabi SAW.. Insyallah dengan keberkatan selawat ini, kita akan mendapat syafaat Nabi SAw dan semoga kita berjaya dunia & akhirat