Jom mari kita sama-sama tebus maruah..
Salam jumaat .. sama-sama perbanyakkan istifar dan selawat Nabi saw
Bangsaku Melayu..
Bangunlah dari lena itu..
Sudah telalu lama kita begitu..
Hingga tubuh jadi amat lesu..
Akal fikir pula menjadi semakin dungu..
Bangsaku Melayu..
Hentikanlah lamunanmu..
Perlembangaan itu hanya untuk tahu..
Hakikatnya, jika kita terus peluk tubuh & menunggu..
Pasti hina Melayu itu hingga kehujung waktu..
Aku yakin kita semua sedar akan itu..
Bangsaku Melayu..
Remuk redam hati anak bangsa..
Melihat sengketa tidak pernah reda..
Hina menghina tanpa rasa berdosa..
Hingga tersungkur maruah di halaman nenda..
Bangsaku Melayu..
Renungkan dan ingatlah..
Hina besi kerana karat..
Hina manusia kerana dosa..
Hina agama kerana diniaga diperalat..
Hina bangsa kerana melarat..
dan hina negara kerana khianat..
Prof. Dr. Haim Hilman
Sintok, UUM @ 5.8.2021