SEDEKAH SAHABAT YANG SEDIKIT HARTANYA
Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah yang paling utama adalah sedekah yang diberikan oleh seseorang yang sedikit hartanya tetapi kaya hatinya”
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menasihati kita semua mengenai keutamaan sedekah.
Pemberian sedekah yang dilakukan oleh orang yang hartanya banyak itu lebih mudah jika dibandingkan dengan orang fakir.
Adapun pemberian sedekah yang dilakukan oleh orang fakir adalah sebuah pengorbanan yang besar.
Oleh sebab itu, pahalanya pun lebih besar.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW mengajak para sahabat untuk memberikan sedekah. Atas hal itu, Abdurrahman bin Auf RA membawa empat ribu dirham dan berkata, “Aku memiliki lapan ribu dirham. Empat ribu dirham aku pinjamkan kepada Allah SWT, dan empat ribu dirham lagi aku ketepikan untuk keluargaku.” Maka, Rasulullah SAW pun mendoakannya seperti berikut. “Semoga Allah SWT memberkati harta yang engkau berikan dan yang engkau asingkan untuk keluargamu.”
Setelah itu, Abdurrahman bin Auf RA pun benar-benar memperoleh keberkatan yang sangat banyak hingga ketika beliau meninggal dunia, isteri keempatnya sahaja mendapat lapan puluh ribu dirham.
Asim bin Adiy RA menyedekahkan 100 wasak (setara dengan 20 tan) buah kurma.
Abu Uqail Al-Ansari RA pun membawakan satu sa’ (sekitar 3,5 lt) buah kurma dan berkata, “Malam ini aku telah menyirami kebun kurma seseorang. Sebagai imbalannya, aku memperoleh dua sa’ buah kurma. Maka, setengahnya aku pinjamkan kepada Rabbku dan setengahnya lagi aku simpankan untuk keluargaku.” Kemudian, Rasulullah SAW pun memerintahkannya untuk menggabungkan buah kurma tersebut dengan kurma-kurma yang lain yang diberikan sebagai sedekah.
Adapun orang-orang munafik hanya dapat mengolok-olokkan mereka dengan berkata, “Abdurrahman bin Auf dan Asim membawakan sedekah mereka semata-mata kerana riya dan ujub.
Allah SWT dan rasul-Nya pun tidaklah memerlukan satu sa’ kurmanya Abu Uqail, tetapi ia membawakannya agar orang-orang mengatakan bahawa dirinya juga memberikan sedekah.”
Maka dari itu, turunlah surah at-Taubah ayat 79 (yang ertinya),
“(Orang-orang munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, – Allah SWT akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Jom sama2 kita infaq kan harta dan memperbanyakkan selawat di hari jumaat yg mulia ini ..
Semoga kita semua sentiasa dlm kasih sayang Allah..
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat