Mesyuarat Usrah Associates Dengan SOP
WEEKLY TRAINING
Semoga segala input yang disampaikan dapat diaplikasikan. Selamat berjaya!
#ThisisUA_MEGAAgency
#UsrahAssociatesPLt
#LetsSelawatTogether
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
Catatan Perunding Kewangan Islam di Melaka, Malaysia
Mesyuarat Usrah Associates Dengan SOP
WEEKLY TRAINING
Semoga segala input yang disampaikan dapat diaplikasikan. Selamat berjaya!
#ThisisUA_MEGAAgency
#UsrahAssociatesPLt
#LetsSelawatTogether
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI..
WAQAF
Apabila bercerita tentang waqaf , kita sering terfikir akan waqaf kubur , Waqaf masjid , sekolah dan sebagainya. Pada masa yang sama kita sering terfikir bagaimana nak berwaqaf kalau tiada harta..
Kini persoalan ini telah dapat kita selesaikan iaitu dengan cara menyertai plan takaful . Ini kerana dengan menyertai plan takaful , kita telah membina asset secara serta merta dengan kos yang amat murah.
Dengan menyertai waqaf takaful juga seorang itu secara tidak langsung telah menyediakan :-
i) Perlindungan pendapatan minima setahun kehidupan;
ii) Jaminan ke atas hutang-hutang yang ada;
iii) Simpanan semasa kecemasan dan
iv) Waqaf sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Sehingga kini terdapat 5 badan berdaftar sebagai penerima waqaf Takaful Ikhlas Berhad, iaitu :-
a. Awqaf Holding Berhad
b. Pusat Tahfiz Ibnu Nafis
c. WanCorporation Berhad
( Anak Syarikat Johor Corporation Bhd )
d. Perbadanan Waqaf Selangor
e. Yayasan Waqaf Malaysia
Buat masa ini kami sedang membuat kerjasama strategik dengan WanCorporation bagi menjayakan program waqaf takaful ..
Anda juga boleh mewaqafkan sehingga 30% dari Nilai perlindungan takaful yang sedia ada. Anda hanya perlu hubungi kami ..untuk tindakan selanjutnya
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana
Semalam ada perbincangan tentang pengharaman warranty di group WhatsApp kawan-kawan Bahiyah Vogue 68. Sebab ustaz yang berceramah itu sebut juga tentang insuran dan Takaful, perbincangan kami semalam lebih kepada isu pengharaman insurance vs keharusan Takaful.
Ini perkongsian saya semalam, saya share di sini utk manfaat sahabat-sahabat FB pulak.
Insurance dah lama diwartakan haram sebab kontrak diguna adalah kontrak jual beli. E.g. beli polisi insurance RM1juta, bayar bulan-bulan RM300. Pertama, unsur riba. Bila duit beli duit, jumlah tak sama. Bayar RM300 sebulan, dapat RM1juta. Riba al Fadhl di situ. Kedua, unsur gharar (ambiguity). Bayar harga RM300, dapat RM1juta tu tak tau bila. Sebab kontrak tu kontrak jual beli, sepatutnya kena clear bila akan deliver the subject matter. Bila tak sure bila dpt, unsur gharar kat situ. Unsur maysir (perjudian), beli product bernilai RM1juta, bayar RM300 sebulan, tak tentu berapa lama bayar, ada unsur perjudian kat situ.
Takaful guna kontrak Tabarru’ (derma). Bila kita menyertai skim Takaful, kita sebenarnya bersetuju untuk menyumbang secara bulanan atau tahunan ke dalam satu tabung. Tabung tu akan digunakan bagi membayar pampasan kewangan bagi ahli yg ditimpa musibah. Cuba tgk kontrak Takaful, semua ayat tu ada dalam borang permohonan. Masalahnya tak ramai agent tahu nak terangkan benda ni..sebab tu ramai orang ingat sama saja Takaful dgn insurance.
Bila kontrak yg diguna tu kontrak derma, tak jadi hal la jika kita derma RM300 sebulan, tapi bila meninggal, family dpt RM1juta, serba ia konsep derma. Kita derma kat tabung ni, pengurus tabung setuju nak bayar pampasan RM1juta. Tak ada unsur ambiguity, again sebab kontrak tu kontrak derma dan dah dipersetujui, sesiapa ditimpa musibah, akan diberi pampasan kewangan dari tabung tu, termasuk la kita sebab kita pun peserta. Tak ada unsur perjudian, again sebab konsep derma tu. Dalam konsep derma, tak perlu kita tentukan berapa kita derma, berapa kita dapat.
Exactly macam konsep Tabung Khairat yg kita guna kat kampung dulu.
Cuma bila tabung ni besar, kena la urus secara professional. Untuk keadilan semua peserta, kena la pengurus tetapkan berapa peserta A kena sumbang untuk dpt RM1juta pampasan misalnya. Penentuan tu berdasarkan tahap risiko peserta. Kalau peserta tu berkerja dlm bidang berisiko, misalnya oil n gas, dia kena la bayar lebih. Orang merokok misalnya, dianggap lebih berisiko dari yg tak merokok, maka mereka kena la sumbang lebih sikit. Begitu juga jika orang tu, family history nya ada yg berpenyakit kritikal, maka dia dianggap berisiko, so kena bayar lebih sikit la.
Begitu juga dari segi pengurusan Claim atau Tuntutan Manfaat Takaful tu. Utk memastikan keadilan kepada semua peserta yg menyumbang, perlulah pengurusan Claim tu dijalankan dgn cekap dan sempurna. Contohnya, memastikan tiada tuntutan palsu atau tuntutan dari mereka yg ingin mengambil kesempatan atas tuntutan. Ini termasuklah mereka yg sebenarnya dah ada penyakit kritikal sebelum menyertai pelan Takaful tersebut, tetapi tidak dinyatakan ttg penyakit tersebut pada masa mereka memohon utk menyertai pelan Takaful tu. Semua ini bagi memastikan keadilan utk semua peserta. Jika tidak, sudah tentu akan ada mereka yg mengambil kesempatan utk mendapat manfaat Takaful walaupun sebenarnya mereka tidak layak. Ini merugikan peserta2 lain yg jujur menyumbang untuk kesejahteraan semua peserta.
Proses underwriting dan pengurusan claim ini jugak digunapakai dlm insurance. Dari perspektif Shariah, tidak salah kita menggunapakai kaedah yang sama asalkan tiada unsur yg bertentangan dgn Shariah dan ia membawa kebaikan kepada semua.
Zarinah Mohd Yusoff
Takaful adalah perniagaan
Perniagaan adalah sunnah Rasullulah SAW
Dan .. perniagaan adalah satu tarbiyyah ..
Jemput untuk sertai dan memulakan kerjaya anda bersama kami..
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat