TIP & PANDUAN TAKAFUL 23 Oktober 2021

Takaful ini tak penting sangat pun…
Pengalaman saya setahun yang lalu, masuk wad disebabkan ada batu hempedu.
Selepas buat ujian ultrasound, doctor cakap kena operation untuk buang hempedu sebelum perkara yang lebih teruk akan jadi. Kos keseluruhan dalam RM15,000 – RM20,000.. boleh tahan mahal jugak kos dia kan ??.
Kebetulan masa itu saya ada Medikal Kad, bayar pun RM170 sebulan. Saya kira-kira jumlah yang dah bayar lebih kurang RM3,000 lebih. Jadi, bagi ajelah Medikal Kad itu di kaunter. Bukan kad kredit atau debit kad tau. Medikal Kad ??
Selesai operation, maka keluarlah 7 biji batu dari hempedu saya. Batu yang punca saya sakit perut sampai berguling-guling.  Final bill adalah RM27,000 dan dibayar sepenuhnya dari Medikal Kad saya tu. Jadinya, penting ke tak penting sebenarnya?
Bila kita bersedia, semuanya InshaAllah akan ok??

Norizan Ahmad

MEMORI 23 Oktober 2019

PERKONGSIAN & MOTIVASI HARI INI..
Setelah memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Perunding Takaful , langkah seterusnya ialah memahami elemen penting dalam perancangan kewangan yang holistik iaitu :-
– Wakaf & Harta Pusaka (distributon )
– Persaraan ( Retirement )
– Zakat & Cukai (Purification)
– Pelaburan Islam (Accumulation)
– Pengurusan risiko (Protection)
– Cash Flow/ Liability mgt ( Generation)
Bagi memastikan matlamat yang di inginkan dapat dicapai , seorang Perunding Takaful mesti memahami semua produk yang ada dan mencadangkan produk @ kombinasi produk terbaik kepada pelanggan berdasarkan kadar kemampuan yang ada..
Untuk anda lebih mahir lagi dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sila hadir ke kelas bimbingan kami setiap hari sabtu .. dan ia adalah PERCUMA..
Hari ini berkesempatan berkongsi ilmu tentang peranan takaful dalam menjayakan program Waqaf bersama WanCorp di Johor Corporation Bhd. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir ..
“segulung ijazah tidak akan memastikan masa depan yang cerah tetapi selangkah tindakan untuk berubah akan membawa anda ke mana sahaja.”

#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential
#UABeradaDimana_mana