INSPIRASI HARI INI 15 November 2021

KENAPA SAYA MEMILIH KERJAYA INI

Apa tindakan anda apabila kawan atau kenalan mengajak anda untuk menjadi usahawan takaful ?

Jawapan yang sering diterima ialah:-
– Tidak minat
– Bukan kerjaya pilihan
– Tidak pandai
– Emak & Ayah tak bagi
– Bakal suami / isteri cemburu
– Dan macam-macam lagi..

Begitu juga saya… Alasan yang sy berikan adalah tidak minat.. Namun sy cuba juga kerana nk jaga hati kawan..
Suatu hari sy telah menghadiri sesi motivasi yang dianjurkan oleh Persatuan Agen Insuran Nyawa Malaysia ( Masa ini belum ada syarikat
takaful lagi ) dan mendengar perkongsian dari Dr. Rizal Naidu, dia kata dengan insuran dia telah membina kerjaya yang cemerlang dan memperolihi pemdapatan melebihi 5 angka setiap bulan. Sy pun terfikir , kalau Dr Rizal boleh buat , kenapa sy tak boleh ? Teringat kata-kata guru dan juga ayah sy, untuk berjaya dalam apa juga bidang yang kita ceburi , kita tiru sahaja apa orang berjaya buat asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Jadi sy teruskan kerjaya ini. Terima kasih Dr. Rizal Naidu..
Hari ini berkesempatan berjumpa dengan salah seorang mentor dan penulis buku tersohor Dr. Rizal Naidu. Dikesempatan ini sy menghadiahkan beliau buku pertama sy tentang perjalanan kerjaya
sebagai seorang Ushawan takaful dan perkongsian pengalaman untuk bangkit dari kegagalan dalam kerjaya yang kita ceburi.
Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini sila whatapp ke no 019-7584551
“Gantungkan cita-cita & impian setinggi langit ,
Letakkan hati mu serendah mutiara di lautan”
Semoga kita semua sentiasa didalam kasih sayang Allah..

#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawa

RENUNGAN HARI INI 14 November 2021

HIKMAH UMUR TUA

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? lihatlah dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri..

SATU:
Bila tua, keinginan untuk makan sedap2 semakin berkurangan. Nafsu makan sudah berkurangan.
HIKMAHnya ??
Perbayakkan puasa sunat Isnin/Khamis & hari putih (13hb -15hb) ataupun mengqada’ puasa2 yang pernah ditinggalkan sewaktu muda dahulu..

DUA :
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam & mata sukar nak lelap.
HIKMAHnya ?
Bangunlah untuk mengerjakan solat2 tahajjud, solat witir & lain2. Barangkali sewaktu muda jarang sekali melakukannya, maka Allah beri kita peluang untuk melakukannya sebelum berakhirnya usia.

TIGA :
Bila tua sudah kurang gemar menonton tv. Tidak ada lagi rancangan tv yang diminati. Kurang berhibur.
HIKMAHnya ?
Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca Al-Quran. Mungkin sewaktu muda jarang sekali khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam & tadabbur Al-Quran, paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT :
Bila tua & sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak2 sudah dewasa & mempunyai keluarga masing2, jadi kita boleh mengurus masa degan lebih bermanfaat. Sisa2 usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal2 berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzakh/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis2 ilmu, belajar Al-Quran supaya mantap tak cukup kalau sekadar belajar sekali lalu masa kecik² dulu, jinakkan diri dengan bahasa Arab untuk cuba memahami Quran, selama ni kita dok baca tanpa faham, bertalaqi dengan ustaz dan libatkkan diri dengan program yang berfaedah.
WALLAHUALAM. Sekadar berkongsi.

Buat Keluarga :
Kamulah yang terpenting dalam perjalanan hidup kita
Buat Abang/Kakak serta Adik-adik kita..
Maaf ya kalau kita ada silap & salah, samada yang sengaja atau tak disengajakan, samada yang tersembunyi atau yang nyata ….
Buat Sahabat :

Jangan lupakan kita, bila suatu masa nanti kita terpisah tolong doakan kita diampuni segala dosa, selamat dialam akhirat dan sentiasa dirahmati Allah ……

Buat Yang Tak Sependapat :
Maafkan kita bila selama ini kita selalu salah dimata awak ……

Buat Yang Sayang kepada kita:
Kita lebih sayang kepada awak berlipat kali ganda……

Buat Orang Yang Pernah Menasihati kita:
Terima kasih kerana mengajar kita bagaimana untuk terus Bersabar…
Terima Kasih kepada Semua, Sebab Pernah Berada Didalam Hidup kita ……….

KENANGAN MALAM ANUGERAH 13 November 2020

2020 bakal melabuhkan tirai, untuk itu kami bangkit dalam satu pasukan. Menaiki Bahtera yang membelah lautan.
Semboyan dibunyikan, obor2 dinyalakan dan panji-panji dinaikkan. Sekali lagi kemenangan kami bakal menjadi sejarah untuk dipahat rapi dalam naskah kejayaan kami.
Segalanya bermula dengan satu keputusan. Keputusan yang membawa kepada sebuah kejayaan.
Kejayaan yang bukan hanya sekadar gambaran, tapi kejayaan yang tercipta hasil daripada kemenangan. 2020, tqsm untuk segalanya.
Kami mohon para keluarga kami, guru2 kami, sahabat kami, client2 kami. Doakan kejayaan buat kami membawa kebaikan kepada semua.
“Di Usrah Associates, segalanya bermula…”

Sertai kami !
~Shafiq Razak
The Sales Master

#UsrahAssociatesPlt
#GrowingTogetherWithUs
#FlyUpHigher
#WeAreTheRecordBreaker