Month: December 2021
MUHASABAH DIRI – 28 DISEMBER KENANGAN 2014
Pelbagai bencana telah berlaku di negara kita.. sama-sama kita muhasabah diri dan mohon keampunan dr Allah swt.. Kami yang berada di tanah suci sentiasa berdoa agar semua saudara kita ditanah air sentiasa beroleh keselamatan dan semoga musibah ini segera berakhir.. Ya Robb ampunilah segala dosa dan kesalahan kami , hindarilah kami semua dari bala bencana, selamatkan semua saudara islam kami khasnya yang berada di Kelantan, Terengganu dan dimana sahaja mereka yang terlibat dengan banjir ini.. Ya Allah Kau lah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
RENUNGAN HARI INI – 26 DISEMBER 2021
YA ALLAH !
Jadikanlah bagi kami ,
setiap kesempitan itu , ada jalan keluar nya ,
setiap kekusutan itu , ada penyelesaian nya ,
dan setiap bala bencana itu , ada kesejahteraan nya .
Jadikan lah kami hamba yg sentiasa BERSYUKUR
TESTIMONI PELANGGAN USRAH ASSOCIATES – 22 DISEMBER 2021
Baru-baru ini, 3 orang pelanggan saya di masukkan ke hospital atas faktor kesihatan & kecemasan. Alhamdulillah urusan kemasukan wad & procedure berjalan lancar dengann izin-Nya.
.
Apa yang ingin sampaikan adalah, kelebihan bila ada Kad Perubatan. Kita akan dapat rawatan yang segera tanpa menunggu giliran. Seperti yang kita sedia maklum dengan keadaan Hospital Kerajaan yg penuh dgn pesakit Covid-19, secara tidak lansung kita dpt memberi ruang kpd pihak hospital utk memberi rawatan kpd mereka yang perlu dahulu & kita juga memberi ruang kpd pesakit yang menunggu giliran utk dapat kan rawatan.
Yang penting adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik Polisi Takaful supaya memastikan Polisi kita sentiasa kekal aktif. InshaAllah semua urusan akan dipermudahkan.
Untuk anda yang berkemampuan & belum memiliki Kad Perubatan, carilah mana-mana agen Takaful yang anda kenali untuk mohon sementara masih diberi rezeki kesihatan. Secara tak lansung kita dapat membantu ramai pihak untuk mendapatkan rawatan dengan segera
Terima kasih kepada pihak Takaful Ikhlas & semoga semua client saya & anfa semua terus sihat & sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T
Stay Safe & Stay At Home
Perkongsian Norizan Ahmad
#NorizanAhmad_TakafulIkhlas
#UsrahAssociatesMelakaPLt
#TakafulIkhlas
#MedicalCard
#Hibah
#Takaful
TAKZIAH BUAT SAHABAT DARI SAM SENIN – 20 DISEMBER 2021
Pagi tadi aku dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan kembalinya kerahmatullah seorang sahabat yang dah lama aku kenali semenjak dari UITM lagi.
Ya Allah aku bersaksi Saudara Sr.Harun bin Hashim (Jurukur Esa) adalah seorang sahabat yang sangat baik..
Damai dan tenanglah kau disana sahabat, kami juga akan menyusul bersama mu.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu anhu.
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.amin….
Perkongsian Berita Sirajuddin Abdullah