Adakah anda pernah dengar ungkapan `I am BOSS dan masa kerja terpulang pada I la’.. Apa pendapat anda tentang ungkapan ini?
Antara punca utama Perunding Takaful @ Usahawan gagal adalah mereka gagal mengadakan waktu berkerja atau `office hour’. Mereka akan datang ke pejabat sesuka hati dan tidak mempunyai jadual kerja yang sistematik.
Cuba kita perhatikan `office hour’ untuk firma-firma berikut :-
1. Syarikat Guaman
2. Syarikat Akitek
3. Klinik Kesihatan swasta
4. Syarikat Pelancungan
5. Lain-lain..
Semua firma di atas mempunyai waktu pejabat yang MESTI dipatuhi.
Jika anda ingin berjaya dalam kerjaya ini, pastikan anda mempunyai waktu pejabat dan peraturan kerja / jadual kerja yang sistematik .
Untuk protege dan Perunding Takaful UA Team , TAHNIAH kami ucapkan kerana anda masih mengikuti sistem yang digunakan.
….. Kejayaan adalah satu perjalanan dan memerlukan pengorbanan.
#PerundingTakafulProfesional&Intergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociates