SETIAP KEJAYAAN SUDAH PASTI ADA RAHSIA DUKA DISEBALIKNYA

“Jadi ejen? Boleh ke? Saya ni pendiam, tak pandai cakap…”
Itu lah pendapat Kak Ma tentang diri sendiri ketika kali pertama di approach oleh seseorang dari Agency DA pada tahun 2006. Tahun 2008 baru berani buat keputusan, itupun kerana keadaan mendesak pada ketika itu. Buat dalam TAKUT tapi tanpa NANTI. Belasah je…

Diawal penglibatan, KakMa banyak buat aktiviti REDAH, berbekalkan ‘flyers’, KakMa dekati berpuluh orang sehari. Ayat KakMa masa tu, “Tuan dah ada akaun takaful? Sumbang RM100, dapat 13 manfaat” Lubuk KakMa adalah di jejantas Sogo, penat approach singgah di surau Medan Mara – sorang2, sebab malu nak join orang.
Dah ada modal sikit, beranikan diri labur untuk bayar booth. Tapi asyik menyorok belakang banner je. Pun begitu, setiap hari tanpa gagal akan jadi pembuka dan penutup booth, 5 hari booth 5 hari lah lagu tu. Senyum itu MESTI, tak lekang di bibir, tegur orang agak berat?‍♀️ Tapi, flyers asyik habis dan kena order baru.
Sehinggalah satu KEAJAIBAN berlaku. “You tak nak approach I ke? I ada 3 anak, semua belum ada takaful”, sapa seseorang pada satu jumaat. Rupanya beliau memerhati KakMa yang pemalu, tak banyak cakap dari hari isnin?. Beliau minta buku ‘prospecting’, tuliskan no telefon dan maklumat anak-anaknya, minta KakMa buatkan quotation dan jemput KakMa ke pejabatnya di tingkat atas.

Nota: Masa itu zaman kertas berbelas mukasurat. Beg galas lah menjadi ‘handbag’ KakMa masa tu? Dalam tu ada borang berbondon-bondon…’aim satu hari satu close’. Nak buat quotation, KakMa tak ada laptop. Makanya, KakMa guna teknik pejam mata. Alhamdulillah, Allah kurniakan KakMa minat & otak yang cerdas tentang nombor. Kat rumah KakMa suka godek-godek quotation sehingga melekat kat minda.
Kak Ma ke pejabatnya dengan debaran yang rasa macam nak pecah dada. Apa yang KakMa ‘present’ masa tu? ‘Lifeline presentation’, yang pernah dengar perkongsian KakMa mesti boleh ingat lukisan KakMa yang sangat artistik dengan satu lain, 2 bukit, muka bahagia, muka senggsara & ombak merah. Kalau ada yang terasa nak tengok KakMa melukis spontan boleh hello KakMa insyaallah?.

Alhamdulillah, KakMa close 6 kes dengan beliau untuk 3 orang anak. Rupanya, tak pandai cakap itu menjadi satu kelebihan bila bertemu dengan orang sibuk yang amat. Kerana kita hanya cakap hal penting je?
Masa KakMa hantar polisi ke rumahnya, KakMa terangkan kulit ke kulit, siap highlight isi-isi penting, menyebabkan beliau tambah lagi satu polisi untuk beliau dan 2 polisi untuk isteri (IST & IWT). Setiap 2 tahun kami akan buat policy review. Bulan lepas beliau tambah lagi polisi untuk anaknya yang menginjak 20 tahun. Katanya, 3 tahun lagi syarikat dah tak cover?
Sejak itu KakMa percaya, orang pendiam tak boleh jadi perunding takaful itu hanyalah satu mitos…hahahaha…NAK atau Tak Nak je kata pakar motivasi.

#DiariHatiKakMa
#TeamAzmima
#SixISteadfast

WE ARE LOOKING FOR NEW BUSINESS PARTNERS

WE ARE LOOKING FOR NEW BUSINESS PARTNERS WHO ARE READY TO BE A PART OF SOMETHING BIGGER THAN THEMSELVES !
The best time for new beginnings, is now.
If you are READY to take this journey together and CHANGE your life, DM me ?

https://businesspartneruaplt.wasap.my/
https://businesspartneruaplt.wasap.my/
https://businesspartneruaplt.wasap.my/

#UsrahAssociatesPlt
#takafulikhlas
#takaful
#businesspartners
#Job
#jobvacancy
#GrowingTogetherWithUs