PERKONGSIAN HARI INI: UMS…MEMORI 2019

Recruitment merupakan salah satu kunci utama bagi memastikan perniagaan kita terus `sustain’ dalam industri. Kegagalan membuat aktiviti recruitment adalah salah sebab utama kita gagal mencapai sasaran pernigaan yang telah ditetapkan.. Aktiviti recruitment ini bermula sebaik sahaja kita memulakan kerjaya sebagai Perunding Takaful. Ini kerana asas utama dalam pernigaan ini adalah `selling & recruiting’..

Usaha dan aktiviti recruitment kami teruskan ke negeri di bawah bayu.. Terima kasih kepada UMS khasnya pihak HEP yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Lai, Puan Fatihah, Puan Dess dan semua pegawai yang terlibat bagi menjayakan program penerangan kerjaya Usahawan Takaful Kerjaya Pilihan..

Utk team UA yg masih ada , teruskan segala apa yang telah dirancang dan yakin lah bahawa kejayaan sedang menunggu kita..

Semoga kita semua sama2 sukses dunia & akhirat..
`PERJALANAN MENUJU KEJAYAAN TIDAK DITABURI DENGAN BUNGA & PUJIAN, NAMUN IA PENUH DENGAN UJIAN’

#PerundingTakafulProfesionalDanIntergriti
#GrowingTogetherWithUs
#UsrahAssociatesNewDirection

RANCANG KEWANGAN ANDA: MASALAH HUTANG JIKA MENINGGAL DUNIA

Saya percaya mesti ada di antara kita yang pernah meminjamkan wang kepada seseorang tetapi sehingga kini masih belum dilangsaikan, betul?
Semasa mereka ingin meminjam dari kita, pelbagai janji-janji manis seperti; “akan dibayar minggu depan”, “akan dibayar bulan depan” & sebagainya.
Barangkali ada yang melakukan ‘emotional blackmail’ dengan kata-kata seperti “takkan engkau tak percaya kat aku?”, “engkau tak kesian tengok kawan engkau ni ke?”
Tidak dinafikan ada yang memang mahu melunaskannya tetapi tidak mampu tetapi saya juga percaya kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa dari awal meminjam wang, mereka tidak berniat membayarnya;
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Sebab itu kita dapat lihat bagaimana orang yang berhutang dengan kita ke sana ke sini, membelikan hadiah harijadi anak & orang tersayang, bercuti ke sana ke sini tetapi hutang tetap tidak mahu dibayar.
Tambah buruk apabila tidak langsung bertanya khabar memaklumkan tidak mampu membayar dan sikap ini jauh berbeza apabila mereka ingin meminjam wang di mana setiap jam setiap hari akan menghubungi kita bertanya khabar dan status permohonannya untuk meminjam wang dari kita.
Ya, kita tidak tahu niat seseorang tetapi apabila Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam telah bersabda bahawa jikalau seseorang berniat untuk membayar hutang nescaya Allah memudahkannya melunaskan hutang tersebut.
Jikalau kita masih berhutang & sukar membayarnya, betulkan niat kita. Mohon pada Allah bantu kita melunaskan hutang. Jangan pula hutang orang kita tak bayar tetapi kita ‘enjoy’ sana sini. Ingat, Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.”
(HR. Ibnu Majah no. 2410)
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.”
(HR. Ibnu Majah no. 2414)
Semoga Allah membantu kita. Allahuma Ameen

Kredit kepada Halim Husin

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah dikemukakan oleh Abraham Maslow, seorang ahli Psikologi Kemanusiaan pada tahun 1943 melalui bukunya “A Theory of Human Motivation” di dalam Kajian Psikologi.

Teori ini menyatakan dalam diri setiap indvidu terdapat lima (5) keperluan yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan, sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri. Bila satu keperluan dicapai, keperluan yang seterusnya akan menjadi satu keperluan atau keutamaan seterusnya. Setiap individu akan memastikan tahap keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan tahap yang lebih tinggi.

LIMA (5) KEPERLUAN TERSEBUT ADALAH:

1) KEPERLUAN FISIOLOGI.
Peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

2)KEPERLUAN KESELAMATAN.
Termasuk di dalam keperluan ini adalah keselamatan peribadi, keselamatan kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa.

3) KEPERLUAN SOSIAL
Inilah keperluan manusia untuk dicintai dan merasai perasaan “kekitaan”. Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di dalam organisasi. Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan (stress) di kalangan pekerja dapat dielakkan atau dikurangkan.

4) KEPERLUAN PENGHARGAAN DIRI (Esteem).
Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja untuk dihormati dan diberi peluang menghormati orang lain. Beri mereka tugas yang boleh memberi mereka peluang untuk memberi sumbangan. Ini akan meningkatkan “penghormatan diri” (self-esteem).

5) KEPERLUAN HASRAT DIRI.
Keperluan ini berkaitan dengan keperluan untuk mencapai cita- cita diri sendiri mengikut potensi seseorang manusia (pekerja).
Maslow membahagikan lima keperluan kepada dua (2) kategori, iaitu:
a)Tahap tinggi iaitu keperluan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri….
b)Tahap rendah iaitu keperluan fizikal dan keselamatan….

#usrahassociatesplt
#empoweringyourpotential
#growingwitus
#usrahassociatesperihatin