TOP DEC 2021 | USRAH ASSOCIATES PLT

Syabas dan tahniah kepada semua para wakil yang telah bekerja keras.
Usrah Associates komited didalam melahirkan perunding takaful yang profesional dan integriti. Mereka telah membuktikan kejayaan bersama kami dibawah bimbingan Tuan Haji Samian Senin (Sam Senin) dan para leader yang lain.
Kami mengalukan kehadiran anda diluar sana untuk bersama kami. Kerana kami berjanji untuk beri anda baucer Umrah percuma setiap tahun dan pelancongan percuma yang lain.

USRAH ASSOCIATES PLT
AGENSI NO 1 TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD

#UsrahAssociatesPLt
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#LetsSelawat

RENUNGAN HARI INI

Tadi sambil memandu di dalam kereta sempat bersembang berkaitan peristiwa meninggal dua abang kandung 23 tahun dulu, ibunda bercerita ketika mati lemas jenazah ditolak ombak sehingga ke tepi pantai. Lalu orang kampung mula ambil jenazah dan usaha untuk keluarkan air daripada paru paru tetapi ternyata sudah tidak bernyawa. Tapi yang peliknya tiada air yang masuk ke dalam paru paru sedangkan kalau ikut logik sudah banyak air laut yang akan masuk dalam badan.
Kemudian terus salah seorang daripada orang kampung bertanya anak makcik ni dua orang hafiz quran ya?
Mak pun pelik dan terkejut lalu berfikir bagaimana mereka tahu?
Selepas itu barulah diceritakan tubuh badan kedua beradik ni seolah macam takde apa. Air pun tak masuk dalam badan mereka. Itu yang saya terdetik fikir mungkin mereka hafal quran sehingga Allah pelihara jasad mereka.
Sewaktu nak dikebumikan di Melaka maka berlakulah sedikit perbincangan samada nak turunkan jenazah abang atau adik dahulu.
Akhirnya diputuskan jenazah adik diturunkan dahulu kerana sudah hafal quran 30 juzuk dan syahadah manakala abang masih baru 23 juzuk baki lagi 7 juzuk.
Kisah macam berlaku dizaman sahabat nabi Sallahu’alaihi wasallam. Yang hafal quran lebih banyak diturunkan jasadnya dahulu MasyaaAllah.
Begitu sekali Allah muliakan orang yang hafal quran. Ketika telah dikebumikan sebahagian sahabat abang menceritakan pusara mereka mengeluarkan bau yang wangi selama beberapa hari.
Begitulah Allah taala memuliakan dan menjaga orang yang hafal quran di dunia lagi telah dizahirkan perbezaan mereka. Semoga kita semua mempunyai azam dan semangat paling kurang seorang daripada keluarga kita bakal menjadi hafiz alquran sebagai pembantu dan syafaat kita di akhirat kelak.
Anak yang menghafal quran akan dipakaikan mahkota pada ibu bapanya di akhirat kelak lebih terang daripada matahari di yang berada di dalam rumah.

Kredit kepada Abul Fateh Ibnu Ramlan