بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam dari Milan , Italy
Segala Puji Bagi ALLAH SWT Tuhan Sekelian Alam, Selawat dan Salam ke Atas Baginda Rasulullah SAW, Keluarga dan Sahabat-sahabatnya , para pejuang serta penyambung perjuangan Nabi saw..
Syukur yang tidak terhingga atas anugerah / nikmat khasnya nikmat Iman & islam serta segala nikmat lain yang tidak terhitung banyaknya..
Tahun kewangan 2017/2018 telah seminggu berlalu, pahatkan dalam hati, fokuskan minda dan tingkatkan usaha agar kita ‘on track’ untuk mencapai impian dan sasaran perniagaan yang telah kita tetapkan. Kejayaan 2016/2017 telah menjadi sejarah dan kita mesti memperbaiki pencapaian serta membuat rekod baru bagi tahun 2017/2018 ini.
Yakinlah bahawa kita mampu mencipta rekod baru yang JAUH LEBIH BAIK dan ianya akan menjadi inspirasi kepada anak , keturunan kita serta generasi akan datang . Firman Allah swt antaranya bermaksud
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Qs. Al-Imran : 139)
Matlamat , sasaran dan impian serta perancangan telah kita buat , jadi , laksanakan lah segalanya kerana Allah swt dengan sabar dan mengerjakan solat .. Firman Allah swt antaranya bermaksud
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”( Qs. Al-Baqarah : 45)
InsyaAllah kita semua akan berjaya dunia akhirat ..
#UsrahAssociates
#GrowingTogetherWithUs