PERKONGSIAN ILMU: FAKTOR KENAPA KITA BERHUTANG

FAKTOR KENAPA KITA BERHUTANG
1. Membiayai Keperluan Hidup Cara hidup masa kini yang mendesak menyebabkan majoriti rakyat negara ini terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan hidup. Contohnya , rumah kediaman , kenderaan , pendidikan dan sebaginya.
2. Memenuhi Kemahuan
Oleh kerana kemahuan manusia tidak terbatas dan ianya amat dipengaruhi oleh
nafsu maka seseorang itu sanggup berhutang untuk memenuhi nya. Kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain mengalakkan lagi masyarakat untuk terus menambahkan hutangnya.
3. Membayar hutang pihak ke tiga Faktor ketiga biasa berlaku apabila seseorang itu menjadi penjamin. Kadang kala ia berhutang untuk membayar hutang yang dibuat oleh pihak ketiga.
TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR HUTANG

Dalam Islam, melunaskan hutang merupakan satu kewajipan yang pasti. Ini boleh dilihat dari sudut pembahagian harta pusaka, sebelum pembahagian harta pusaka dibuat antara perkara yang perlu disegerakan terlebih dahulu adalah menjelaskan segala hutang-hutangnya. Samada hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah swt. Ini diperjelaskan dalam Al-quran dan Hadis Nabi s.a.w. Antaranya ialah :-
1. Hadis riwayat Ahmad, at-Timidzi
`Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada utangnya hingga dibayarkan hutangnya.”
2. Hadis riyawat An-Nasa’i, Ahmad
Dari Muhammad bin Jahsy radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Pada suatu hari, kami duduk-duduk bersama Rasulullah Saw. sedang menguburkan jenazah. Beliau menengadahkan kepalanya ke langit kemudian menepukkan dahi beliau dengan telapak tangan seraya bersabda, ‘Subhanallaah, betapa berat ancaman yang diturunkan.’ Kami diam saja namun sesungguhnya kami terkejut. Keesokan harinya aku bertanya kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah! Ancaman berat apakah yang turun?’ Beliau menjawab, ‘Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya seorang lelaki terbunuh fii sabiilillaah kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh sementara ia mempunyai hutang, maka ia tidak akan masuk surga hingga ia melunasi hutangnya.’
3. Hadis riyawat Muslim
“Orang yang mati syahid diampuni seluruh dosanya, kecuali hutang.”
4. Hadis riyawat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad, al-Hakim)
“Apabila ruh telah berpisah dari jasad (meninggal dunia), sedang ia terbebas dari tiga perkara: kesombongan, ghulul (korupsi), dan hutang niscaya ia masuk surga.
5. Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Ibnu “umar Radiallahuanhu
“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.

Sudahkah anda mengira berapa baki hutang sekarang ?
Andai semalam meninggal dunia , siapakah yang akan membayar hutang2 yang ditinggalkan?
Jika anda perlukan bantuan untuk mengira baki hutang dan menyelesaikan hutang , sila hubungi kami.

#AllahSayangKitaNabiSayangKita
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPLt
#JomMemperbanyakanSelawat

INSPIRASI UNTUK TERUS ISTIQAMAH

Sila hayati dan fahami

Khutbah Terakhir Rasulullah
9 Zulhijah 10 Hijrah
Bukit Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu
………..,
Sama2 kita memperbanyakkan selawat atas Nabi SAW
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Kami menjemput anda untuk menyertai kami bagi menyambung perjuangan Rasullulah saw..
Sila klik
http://www.wasap.my/60177379900/Kerjaya

#JihadBisnes
#UsrahAssociatesPLt
#ThisisUA_MEGAAgency
#GrowingTogetherWithUs
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RoadTo5M
#takafulikhlas
#JomSelawat

KENANGAN TAHUN 2019 BERAYA BERSAMA SAHABAT USRAH ASSOCIATES PLT DI BUMI TURKI

Kenangan beraya bersama sahabat Usrah Associates PLt pada 2019 di bumi Turki. Istanbul kami datang.
Tiket free sponsored by Usrah Associates dan bos Sam Senin.
Terima kasih banyak. Selamat hari raya semua, maaf zahir batin. Jom sertai kami di Usrah Associates PLt.
Tiada yang Mustahil.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

Www.Usrah-associate.com
#UsrahAssociatesPLt

Catatan dari Muhammad Khairul Nizam Ithnin