Para mentor selalu berpesan , bagi memulakan Perniagaan kita khususnay sebagai Penasihat Kewangan Islan khususnya Usrah Associates seharusnya bermula dgn apa yang kita ada. Elakkan dari meminjam dari bank sebagai modal . Ini juga merupakan kesilapan say yang pertama apabila memulakan Perniagan pada tahun 1997 yang lalu. Selepas kegagalan perniagaan ini saya perlu mencari perniagaan yang memerlukan modal paling minima bagi meneruskan kehidupan bagi menyara kehidupan diri sendiri dan keluarga. Kegagalan sebagai guru dan pengajaran terbaik dalam kehidupan kita. Teringat pesan mentor dan orang yang berjaya dalam perniagan ..’mulakan Perniagan anda dengan apa yang anda ada’.. Maka bermulalah Perniagaan baru pada tahun 2002 sebagai Perunding Takaful .. Kerjaya yang menjadi pilihan terakhir bagi hampir 99% para penganggur .. Kenderaan Honda inilah modal perniagaan saya..