ADAB UMUM

1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.
2. Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisah lah RM 1 atau RM 100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.
3. Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
4. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, “Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?”, atau “Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?”, “Kenapa belum beli rumah?”. Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.
5. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.
6. Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
7. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
8. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
10. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

#TeguranSesamaKitaDanDiriSendiri
#SemugaKitaTakMenjadiManusiaDibenci

Sumber: Ahmad Isinin

INSPIRASI DAN MOTIVASI

Tugas dan tanggungjawab tetap kami teruskan..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada UUM , khasnya kepada Dr. Herman , Dr. Noraziah , Dr. Khilmy , Dr. Alias dan Prof Madya Dr Lily serta Utz Fakarudin Pengerusi DPIM Perlis atas segala sokongan.
Misi dan visi kami adalah menjadi agensi terpilih bagi melahirkan Perunding Takaful Profesional & Integriti.
Kami menyediakan sistem yg TERBUKTI terbaik.
Jom mulakan kerjaya anda bersama kami..

#IlmuBudiBakti
#AllahSayangKitaNabiSayangKita
#UnitedWeStandTogetherWeGrow
#RancangKewanganAnda
#UsrahAssociatesPlt
#EmpoweringYourPotential

KERJASAMA USRAH ASSOCIATES DENGAN PIHAK ALUMNI UUM..

Alhamdulilah. Usrah Associates kini sedang berkerjasama dengan Pihak Alumni Uum untuk membincangkan program ‘High Impact’ bersama pihak industri, komuniti dan juga pihak Alumni Uum untuk memberikan amal budi dan bakti kepada masyarakat.
Perbincangan singkat bersama Dr Lily merupakan pengarah Alumni Uum insyaAllah akan memberikan manfaat kepada masyarakat. Seiring dengan motivasi Prof Dr Hail Hilman VC Uum “anda esok kita bangun pagi tiada semangat perjuangan”. Bermaksud Allah sudah tinggalkan kita.
Ayuh bangkit berjuang bangsaku.
encik S

#usrahassociate
#UUM
#perundingtakaful
#enciks
Sumber: Mohd Syawalludin Mohd Jamil