Pernah dalam hati terdetik nak tinggalkan kehidupan madrasah dan pengajian di masjid dan mulakan hidup bisnes dan perniagaan secara fulltime dan fokus kerana memang diri sendiri sangat berminat untuk berniaga secara serius dan ada harapan untuk jadi jutawan dengan izin Allah.
Selepas jadi jutawan boleh la dermakan harta bantu anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal yang memerlukan bantuan, madrasah dan pondok pondok tetapi apabila melihatkan keperluan agama dan ilmu agama yang perlu untuk disampaikan kepada umat masih terlalu banyak dan ramai lagi yang masih jahil dan memerlukan bimbingan agama dan masih dikurniakan rezeki para pelajar yang bersungguh datang untuk belajar rasa tak sampai hati nak tinggalkan institusi pendidikan dan berpindah dunia lain.
Jiwa mengajar ilmu agama memang terasa dekat dihati walaupun tidak sekaya mereka yang bercakap motivasi di atas pentas pentas dunia.
Apabila teringat pesanan baginda nabi صلى الله عليه وسلم iaitu apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang maka Allah akan memberi kefahaman agama kepadanya maka barulah hati menjadi tenang dan terhibur dengan janji Allah taala.
Dunia tempat sementara akhirat kekal selamanya. Susah di dunia sekejap, senang pun sekejap, mereka yang kaya raya dulu pun telah lama dikubur tanpa nama, hanya tinggal amalan yang menjadi peneman selamanya.
Pangkat, jawatan, tahta, harta adalah pinjaman sementara dan amanah daripada Allah untuk kita semua salurkan bagi membantu agamaNya. Tak semua orang berjaya melalui ujian ini.
Maka lebih baik kita hidup sederhana dan bersyukur dengan apa yang ada kerana tempat balasan sebenar adalah akhirat syurga yang diberikan mengikut martabat amalan masing masing itupun dengan rahmatNya.
Biarkan di dunia mereka bangga dengan dunia mereka dan bermewah dengan kehidupan sementara kerana setelah mati tiada perkara yang dapat menggembirakan mereka melainkan iman dan amal soleh sahaja.
Di dunia tempat bersusah payah bercucuk tanam untuk kehidupan akhirat. Betul kata orang dulu dulu,
Berakit rakit ke hulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersusah susah dahulu,
Bersenang senang kemudian.
Hidup biar lihat apa pandangan Allah pada kita.
Tidak perlu lihat apa orang dan manusia mengata.
Biar papa di dunia yang sementara,
Untuk kehidupan akhirat kaya selamanya.
Dibawah pembangunan kami masih sedang berjalan, siapa nak dapatkan saham akhirat peluang masih terbuka insyaaAllah.
Terus salurkan ke akaun berikut :
Cimb 8603 043382
madrasah tahfiz quran darul falah
Dan sharekan resit sumbangan anda sebagai catatan kami kepada no berikut :
Wasap.my/601139903579/Infaqpembangunan
Semoga Allah terima dan berkati insyaaAllah.
Di sebelah pula sebuah tanah satu ekar insyaaAllah akan dibeli oleh pihak madrasah dengan harga 250,000rm sahaja.
Siapa berminat untuk menyumbang bagi pembelian tanah boleh tekan link berikut dibawah :
Wasap.my/601155883579/sumbangantanah
Mohon doa daripada semua agar dipermudahkan perjuangan kami pahit manis dalam mendirikan sebuah institusi madrasah demi kebaikan generasi pada masa akan datang.